[VIDEO] Rekod disiplin kurang cemerlang, 'keeper' baharu JDT 2 kali dibuang padang ketika di Real Sociedad


  • Podium
  • Khamis, 05 Sep 2024

Zubiaurre diumumkan sebagai penjaga gol baharu yang sekali gus menyaksikan JDT memiliki empat pemain di posisi itu. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

BENTENG pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT) terus diperkukuhkan dengan kehadiran penjaga gol baharu, Andoni Zubiaurre yang beraksi di beberapa kelab Sepanyol sepanjang kariernya.

Salah satu daripada pasukan berkenaan ialah pasukan simpanan Real Sociedad yang beraksi dalam divisyen kedua di negara itu dengan 21 penampilan direkodkan.

Selepas itu, pemain berusia 27 tahun tersebut menyertai CD Eldense dan CD Mirandes dengan perpindahan tersebut menaikkan lagi namanya serta kebolehannya dalam gawang sendiri.

BACA LAGI: [VIDEO] Garang 'mengaum' di JDT, Heberty ada peluang bukti Port FC pernah buat silap

BACA LAGI: Bintang baharu JDT sertai tonggak Selangor, Kedah jadi penyerang termahal Liga M 2024

zubiaurre-kKQG--1920x1080@Diario Vasco

Zubiaurre menghabiskan tempoh semusim bersama Real Sociedad B. Agensi

Jadi, tidak hairanlah apabila JDT yakin untuk membawanya masuk meskipun sudah mengumumkan kehadiran Christian Abad pada awal jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

Bagaimanapun, melihat kepada rekod Zubiaurre sebelum ini, timbul kerisauan apabila dia pernah dikenakan penggantungan sebanyak dua kali sepanjang kariernya.

Kedua-dua hukuman tersebut dialami ketika penjaga gol berkenaan beraksi untuk Real Sociedad B pada musim 2021/22 yang menyebabkannya tidak dapat diturunkan sebanyak dua kali.

Layangan kad merah pertama diterima pemain itu ketika dia berdepan Ponferradina yang menyaksikannya melakukan bentesan kasar di luar kotak penalti.

Tidak cukup dengan itu, kekasaran tersebut menyaksikan penjaga gol Sepanyol terbabit mengalami kecederaan siku yang juga menghalangnya daripada beraksi dalam lapan perlawanan.

Beberapa bulan selepas itu, Zubiaurre sekali lagi berdepan tindakan sama ketika Real Sociedad B berdepan AD Alcorcon apabila dia sekali lagi melakukan kesilapan sama.

Kedua-dua kesalahan berkenaan sudah pasti diharapkan tidak dapat berulang dalam aksi bersama skuad Harimau Selatan kerana penjaga gol tersebut pasti diturunkan dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite 2024/25.

Meskipun sudah memiliki Abad dan Syihan Hazmi dalam posisi sama, persaingan sihat pasti membawa keuntungan buat kelab kerana masing-masing mahu membuktikan kebolehan sebagai pertahanan terakhir pasukan.

Namun, persoalannya, adakah ketiga-tiga pemain itu dapat berpuas hati untuk terus berada di bangku simpanan sedangkan terdapat tawaran daripada kelab lain yang berminat dengan kebolehan masing-masing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram