[VIDEO] 'Gelecek macam Hazard', import baharu JDT tambat hati penyokong lepas mudah benam kelab Madame Pang


  • Podium
  • Khamis, 05 Sep 2024

Kesebelasan utama JDT yang diturunkan oleh Hector Bidalgio ketika bertemu Port FC pada Rabu.

PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mudah menundukkan kelab Thailand, Port FC, 3-1 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Rabu (4 September).

Harimau Selatan yang menurunkan kesemua pemain import baharu perlu menunggu hingga minit ke-14 untuk meledak gol pertama perlawanan menerusi rembatan deras Oscar Arribas.

Jaringan awal oleh JDT itu membuatkan Port FC mula mengatur asakan ke kubu tuan rumah bagi menyamakan kedudukan.

BACA LAGI: 'CEO kelab lokal boleh apply', Reduan cadang Selangor dan JDT boleh cuba jaga 'national team'

BACA LAGI: Macam Kobe Jae Chong, Selangor hantar ejen 'follow' rapat perkembangan Mats Deijl

Namun segala asakan diatur Port FC itu berjaya dikekang benteng pertahanan JDT yang diketuai oleh Park Jun-heong.

Bersambung babak kedua, JDT menggandakan asakan dalam usaha menambah jaringan.

Asakan-asakan berkenaan akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang baharu, Jorge Leonardo tenang merembat gol kedua pada minit ke-57.

Usaha, Port FC merapatkan jurang akhirnya berhasil menerusi jaringan Willen Mota pada minit ke-80.

Bagaimanapun Jorge Leonardo sekali lagi membuktikan kehebatannya selaku penyerang yang pernah beraksi di Eropah apabila menjaringkan gol ketiga pasukan pada masa kecederaan.

JDT mudah menundukkan pasukan yang pernah dipimpin oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Madame Pang dengan keputusan 3-1 di hadapan pemilik Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Selepas beberapa pertukaran import musim ini, akhirnya penyokong berpuas hati apabila pemain baharu yang dibawa masuk telah menunjukkan sesuatu kelainan pada corak permainan Harimau Selatan.

JDT telah membawa masuk enam pemain baharu menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia iaitu Enzo Lombardo, Park Jun-heong, Iker Undabarrena, Eddy Israfilov, Jorge Obregon dan Christian Abad.

Aksi yang ditampilkan keenam-enam pemain itu mendapat pujian dengan ada yang melabel aksi salah seorang pemain mirip legenda Belgium, Eden Hazard.

"Pemain-pemain baharu sangat 'steady' malam ini (Rabu) terutamanya Obregon dan Israfilov," kata Empayar Darul Takzim.

"Sedap tengok 'friendly' dengan kelab luar negara," ujar Akob Kamal.

"Corak permainan Enzo sama macam Eden Hazard ada 'skill' boleh gelecek dua, tiga pemain pertahanan lawan," jelas Amaraa Aiman.

"Bergson dah 'loan' dekat Kelantan Darul Naim FC ke? Sebab Obregon dah padu sangat baru 'first debut' dua gol," luah Azhar Izara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram