Dah masuk separuh musim, 3 'superstar' masih belum akaun jaringan dalam Liga Super


  • Podium
  • Khamis, 05 Sep 2024

Dari kiri: Arif Aiman, Faisal Halim dan Aguero masih belum mencatatkan sebarang jaringan dalam saingan Liga Super 2024/25.

PEMBUKAAN jendela perpindahan kedua sedikit sebanyak menandakan Liga Super 2024/25 sudah memasuki fasa pertengahan apabila kesemua kelab sudah tentu mengetahui kekurangan yang perlu diatasi.

Tempoh itu juga menjadi penanda aras buat pemain yang sepatutnya sudah tahu prestasi masing-masing musim ini setelah beraksi untuk kira-kira empat bulan.

Bagaimanapun, masih terdapat sesetengah daripada mereka bergelut untuk memberikan impak, lebih-lebih lagi dalam kalangan import yang dalam proses menyesuaikan diri.

BACA LAGI: Hanya bermusuh atas padang, Faisal-Arif Aiman ikut jejak 3 persahabatan tak kira kelab

BACA LAGI: [VIDEO] Hatrik Arif Aiman, kontroversi 'ref botak' sukar dilupakan aksi JDT-Selangor

Perubahan dari segi persekitaran serta gaya permainan sudah tentu membuatkan mereka sedikit perlahan untuk mempamerkan bakat terbaik seperti mana diharapkan.

Tetapi, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila terdapat pemain bintang, terutamanya dalam kalangan penyerang yang bergelut untuk mengulangi prestasi terdahulu.

Perkara ini sudah tentu mengejutkan kerana masing-masing masih belum membuka akaun jaringan dalam Liga Super musim dengan ketiadaan sumbangan daripada mereka memberi kesan buat pasukan.

1. Arif Aiman Hanapi

Musim lalu, Arif Aiman Hanapi menikmati satu tahun yang cukup cemerlang apabila muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Super dalam kategori pemain lokal dengan 12 gol berjaya direkodkan dalam 24 penampilan.

Selain itu, penyerang sayap berusia 22 tahun berkenaan turut mencipta 11 bantuan jaringan yang kemudian menyaksikannya merangkul Anugerah Pemain Paling Bernilai buat tahun ketiga berturut-turut.

Situasi berbeza disaksikan kali ini apabila Arif bergelut untuk memulakan kempen apabila dia memerlukan tempoh rawatan akibat kecederaan dialaminya pada tempoh pramusim.

453248866_18241739338262113_4442321596947951295_n

Arif Aiman (kanan) belum membuka akaun jaringan dalam Liga Super. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Masalah tersebut menyaksikannya disisihkan daripada dua aksi pembukaan Liga Super buat Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu ketika berdepan Negeri Sembilan FC dan Kuala Lumpur City FC.

Malah, sehingga kini, pemain sayap lincah berkenaan terus bergelut untuk mencetak jaringan apabila dia masih belum membuka akaun jaringan dalam kempen Liga Super.

Tetapi, isu prestasi itu jelas tidak memberi sebarang impak terhadap skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Super apabila mereka terus berada di persada selepas lapan perlawanan.

2. Faisal Halim

Sehingga kini, insiden simbahan asid dialami Faisal Halim terus diingati sebagai salah satu momen paling gelap dalam sejarah bola sepak tanah air.

Dia yang baru sahaja menikmati musim debut cemerlang bersama Selangor FC menjadi mangsa atas keganasan tersebut dengan ia masih tidak terjawab sehingga hari ini.

Namun, selepas tiga bulan serangan itu berlaku, pemain berusia 26 tahun berkenaan sudah dapat kembali ke padang sebagai pemain simpanan ketika pasukannya berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC di laman sendiri.

Time to shift up a gear for the FA Cup Final on Saturday   We keep going #RedGiants!   Tickets to the #JDTSFC are selling fast and only available online. Secure yours now through TicketHotline.com.my by clicking th

Faisal terus berusaha keras untuk kembali ke tahap sebenar. Facebook/Selangor FC

Meskipun hanya tampil untuk beberapa minit, Faisal dapat mengubati kerinduan penyokong terhadapnya dengan satu percubaan ke arah pintu gol berjaya dicatatkannya.

Selepas itu, pemain kebangsaan berkenaan juga beberapa kali diberikan peluang dari bangku simpanan dalam misi pengendali pasukan, Nidzam Jamil untuk memberikan minit permainan baginya.

Bagaimanapun, keberadaan Faisal dalam senarai bintang yang masih belum mencatatkan jaringan pertama adalah wajar kerana sumbangannya amat diperlukan Selangor FC musim ini.

3. Sergio Aguero

Selepas mengharungi lapan perlawanan Liga Super, Sri Pahang FC masih bergelut kerana hanya merekodkan tujuh mata hasil satu kemenangan dan empat keputusan seri.

Prestasi tidak menentu berkenaan berpunca daripada kegagalan beberapa pemain untuk berada di tahap terbaik, baik dalam kalangan rekrut baharu mahupun tonggak pasukan.

Antara yang jelas bergelut ketika ini ialah kapten pasukan, Sergio Aguero dengan masalah kecederaan menyaksikannya tidak dapat beraksi secara konsisten.

2364060

Aguero masih belum mencatatkan sebarang jaringan dalam Liga Super 2024/25. Facebook/Sri Pahang FC

Meskipun tidak sepatutnya memikul tanggungjawab untuk menjaringkan gol, peranannya sebagai perancang pasukan memerlukannya agar lebih produktif di hadapan pintu gol.

Berdasarkan statistik musim ini, pemain naturalisasi negara tersebut hanya merekodkan satu bantuan jaringan setakat tujuh penampilan Liga Super buat skuad Tok Gajah.

Sekiranya Aguero terus buntu untuk memburu jaringan, sukar bagi skuad bimbingan Fandi Ahmad tersebut kembali ke tahap terbaik sepanjang musim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram