GD jadi bukti Sabah, Kedah antara kelab sering kecewa dengan pertahanan longlai


  • Podium
  • Khamis, 05 Sep 2024

Sabah (kiri) dan Kedah (kanan) walaupun di pertengahan liga, tetapi mereka alami masalah di pertahanan.

LIGA Super sedang berehat untuk memberikan laluan kepada aksi bola sepak antarabangsa dengan Harimau Malaya bertarung dalam aksi Pestabola Merdeka.

Setakat ini, Liga Super beraksi dengan ada kelab sudah beraksi sama ada lapan atau sembilan kali. Menuju separuh perjalanan pertandingan, sudah kelihatan beberapa kelab mempunyai perbezaan gol (GD) yang negatif walaupun berada di pertengahan liga.

Perkara ini menunjukkan yang walaupun bermain baik, tetapi kelemahan pertahan mengecewakan mereka.

BACA LAGI: Tak sepadu Ramon, peledak baharu Sabah FC diharap tak senasib Embalo

BACA LAGI: 'Last jumpa awal bulan hari itu je', Irfan Zakaria masih menanti Kedah lunaskan gaji tertunggak

Sabah FC

Sabah merupakan salah sebuah kelab yang mengalami masalah pertahanan walaupun barisan serangan bermain dengan baik.

Walaupun sudah menghasilkan 12 gol, tetapi kelab kendalian Datuk Ong Kim Swee itu memboloskan 13 jaringan lantas menghasilkan perbezaan GD iaitu -1.

455599128_899614628871896_4205541079023122687_n

Sabah sering dikecewakan dengan pertahanan lemah.

Masalah pertahanan longlai itu jelas memberikan kesan kepada rekod lima perlawanan terakhir apabila skuad Badak cuma mencatatkan dua kemenangan, tiga kekalahan dan satu seri.

Jika tidak kerana kelemahan pertahanan, mungkin rekod itu akan menjadi lebih baik buat mereka.

Kedah Darul Aman FC

Selain Sabah, Kedah juga merupakan kelab yang berdepan masalah kelonggaran pertahanan hingga memberi kesan kepada GD mereka.

Skuad Nafuzi Zain itu cuma menghasilkan lapan gol setakat ini dengan mereka sudah melepaskan 12 jaringan dalam saingan Liga Super.

457448377_548292097551972_776910600620837867_n

Kedah mengalami masalah di bahagian serangan dan pertahanan.

Walaupun mempunyai GD iaitu -4, rekod prestasi Kedah bagaimana pun kelihatan lebih baik dengan Sang Kenari mencatatkan dua kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.

Namun begitu, masalah dihadapi Kedah lebih merisaukan berbanding Sabah apabila bukan sekadar ketumpulan pertahanan, mereka juga longlai dalam memburu gol.

PDRM FC

Satu lagi kelab yang berada di kedudukan pertengahan liga adalah PDRM FC. Sang Saka Biru turut mengalami masalah GD negatif menghampiri separuh perjalanan liga.

Mereka mencatatkan GD iaitu -1 selepas menghasilkan sembilan gol sambil melepaskan 10 jaringan.

Sama seperti Kedah, PDRM juga mencatatkan prestasi iaitu dua kemenangan, dua kekalahan dan satu seri dalam lima aksi terakhir.

Jelas sekali, untuk tampil lebih garang, ketiga-tiga kelab perlu membaiki pertahanan mereka dengan mendapatkan pemain lebih baik sementara jendela perpindahan Liga Super masih dibuka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram