Jika pemain ada masalah gaji, kenapa tak lapor PFAM?


  • Podium
  • Selasa, 03 Sep 2024

Masalah gaji di kem Kedah dilihat masih belum selesai. — Kedah Darul Aman FC

MASALAH gaji tertunggak melibatkan pemain-pemain di Liga Super hingga kini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk berakhir.

Hingga sekarang, masih banyak kelab di Liga Super masih terpalit isu serupa dengan Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC antara kelab diketahui ramai bermasalah dengan kewangan.

Terkini, pertahanan Kedah, Irfan Zakaria memberikan hint yang Sang Kenari masih lagi terpalit dengan isu gaji tertunggak.

BACA LAGI: 'Last jumpa awal bulan hari itu je', Irfan Zakaria masih menanti Kedah lunaskan gaji tertunggak

BACA LAGI: 'Fahami derita pemain', CEO PFAM mahu kerjasama FAM-MFL semakin kuat lawan isu tunggakan gaji

Di media sosialnya, Irfan berkongsikan sebuah imej karikatur sedang mencari gaji yang tidak kunjung tiba.

"Last jumpa awal bulan hari itu je," tulis mesej dalam karikatur tersebut.

Jelas sekali, bukan Irfan saja, malah pemain-pemain Kedah lain masih terjejas dengan isu kewangan melibatkan kelab.

WhatsApp Image 2024-09-02 at 19.42.29

Tangkap layar media sosial Irfan Zakaria mengenai tunggakan gaji.

Kenapa tak nak lapor?

Apabila timbul masalah gaji dalam kalangan pemain Liga Super, timbul persoalan, adakah mereka tidak melaporkannya kepada Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM)?

Hal ini kerana, Majoriti difahamkan organisasi itu tidak menerima laporan berkenaan tunggakan gaji daripada pemain melibatkan pemain-pemain Kedah.

Malah sebelum ini, organisasi tersebut juga dikatakan tidak menerima aduan daripada para pemain KL City sewaktu isu tunggakan gaji mereka menjadi tumpuan ramai.

Kenapa pemain lebih memilih untuk berdiam diri atau bersuara menerusi media sosial sahaja dan tidak melaporkannya kepada PFAM, sedangkan organisasi tersebut merupakan saluran sepatutnya mereka tuju?

456697093_18276661612237328_1254030718590916385_n

Pemain KL City juga mengalami masalah tunggakan gaji yang teruk.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail sendiri sudah banyak kali suarakan kepada para pemain untuk tampil ke depan supaya hak mereka terbela.

Situasi itu nyata mengecewakan. Hal ini kerana, jika pemain terus berdiam diri tanpa bertindak, nasib mereka akan terus terbiar dengan terpaksa menanti gaji yang tidak kunjung tiba.

Para pemain tempatan mungkin boleh belajar daripada pemain-pemain import yang pernah mengheret kelab Liga Super ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan hal tersebut.

Ia mungkin mengambil masa untuk diselesaikan, tetapi jika dilaporkan ke saluran yang betul, keadilan dan hak boleh dikembalikan kepada pemain.

Apa yang pasti, pemain perlu bertindak demi hak mereka. Seperti orang lain, mereka juga mencari makan dan ada keluarga yang perlu ditanggung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram