Hanya beraksi 2 kali, fans sebak lihat pemergian bintang muda ke Pantai Timur


  • Podium
  • Rabu, 04 Sep 2024

Skuad Harimau Kumbang sudah melepaskan dua pemain sepanjang jendela perpindahan kedua kali ini. — Facebook/Penang FC

JENDELA perpindahan kali ini kurang menyaksikan perpindahan pemain tempatan apabila kelab-kelab lebih berminat untuk membawa masuk import baharu.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa pasukan yang cenderung untuk merekrut bakat tempatan kerana risau pengambilan terlalu ramai pemain luar akan menyebabkan kerugian.

Antara kelab yang menyedari perkara itu ialah Kelantan Darul Naim (KDN) FC yang sudah membawa masuk tiga bintang tanah air sejak pembukaan jendela perpindahan kedua Liga Super.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibarat dejavu, Muhaimin rupanya sudah lama jadi duri dalam daging JDT

BACA LAGI: Lahir dari sistem bola sepak Kelantan, Muhaimin Izuddin kecewa TRW tarik diri

458203521_815586914097601_2397305467825815027_n

Muhaimin sah menyertai skuad Kijang Emas selepas meninggalkan Penang FC. Facebook/KDN FC

Salah seorang daripadanya ialah pemain tengah, Muhaimin Izuddin yang sudah rasmi menyertai skuad Kijang Emas dari Penang FC dengan status perpindahan kekal.

Penghijrahan itu sudah tentu membawa kejutan buat peminat setia kelab Utara tanah air berkenaan yang sememangnya berharap anak jati Pasir Mas, Kelantan tersebut bersinar bersama mereka.

Namun, perebutan di samping pemain lain seperti Nik Akif Syahiran serta Syamer Kutty Abba menyaksikan Muhaimin tidak dapat beraksi lebih kerap.

Jadi, dengan perpindahan itu sudah dipersetujui, masing-masing hanya boleh meratapi pemergiannya sambil mengharapkan pemain itu terus berkembang di kelab baharu.

"Pemain berbakat, tetapi sayang tenggalam di sebalik Nik Akif dan Izzat Zikri. Masih muda, patutnya beri secara pinjaman sahaja tetapi mungkin rindu untuk nikmati nasi kerabu," kata Penang Brotherhood.

WhatsApp Image 2024-09-04 at 5.20.26 PM

Muhaimin kurang meraih peluang dalam skuad Harimau Kumbang.

"Budak (Muhaimin) ini lebih baik daripada sesetengah yang lain. Kalau nak buang, buanglah mereka yang lain," kata Jingka Lewa.

"Sayangnya antara pemain yang berbakat, tetapi hanya tidak dapat tempat," kata Muhamad Addin Anuar.

Berdasarkan rekod setakat ini, Muhaimin hanya merekodkan dua penampilan bersama skuad Harimau Kumbang dengan hanya satu daripadanya diraih dalam Liga Super.

Selain itu, bekas pemain skuad The Red Warriors (TRW) berkenaan pernah diletakkan dalam pasukan belia Penang FC yang bersaing dalam Piala MFL.

Jadi, perpindahan ke KDN FC itu sememangnya diharapkan dapat mengembalikannya ke tahap tertinggi seperti mana pernah disaksikan ketika dia beraksi di Kelantan FC musim lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram