Macam Kobe Jae Chong, Selangor hantar ejen 'follow' rapat perkembangan Mats Deijl


  • Podium
  • Rabu, 04 Sep 2024

Deijl dijangka bakal memperkuat pasukan kebangsaan bersama-sama perancang tengah berbakat, Wan Kuzain Wan Kamal.

BARU-BARU ini bola sepak negara mendapat khabar gembira daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin apabila beliau mengesahkan pertahanan kacukan negara, Mats Deijl telah berhubung dengan Ketua Jurulatih Interim, Pau Marti Vicente.

Kapten Go Ahead Eagles itu memaklumkan bahawa dia memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi ibunya sekali gus membuka peluang untuk mewakili negara.

Deijl dijangka bakal memperkuat pasukan kebangsaan bersama-sama perancang tengah berbakat, Wan Kuzain Wan Kamal.

BACA LAGI: [VIDEO] Tangisan Faisal Halim bersama Sultan Selangor undang sebak fans Merah Kuning Sampai Mati

BACA LAGI: 'Pentas ACLE, ACL 2 lebih mencabar, Selangor dan JDT bakal hadapi nasib serupa'

Pemain berusia 27 tahun yang lahir di Vlaardingen itu beraksi di posisi bek kanan bersama Go Ahead Eagles sejak 2021.

Ia sekali gus memberikan kelebihan buat Selangor FC untuk memancing pemain berbakat itu beraksi dalam Liga Super susulan masalah pertahanan yang dihadapi Gergasi Merah musim ini.

Mungkin ia perkara mustahil buat Selangor untuk mendapatkan Deijl dalam masa terdekat kerana pemain itu merupakan tonggak utama Go Ahead Eagles.

Tetapi pihak pengurusan Selangor mungkin boleh menggunakan hubungan baik pemain import, Alvin Fortes dengan Deijl yang sudah pun 'follow' Instagram masing-masing.

WhatsApp Image 2024-09-04 at 12.12.32 PM

Tangkap layar Alvin dan Deijl mengikuti perkembangan masing-masing di Instagram.

Fortes juga baru-baru ini dilihat bercuti ke Belanda selepas Liga Malaysia berehat panjang untuk memberikan laluan kepada kalendar FIFA dan kejohanan Pestabola Merdeka yang bermula pada Rabu (4 September).

Ini sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah Fortes juga membantu Selangor untuk mendapatkan khidmat Deijl bagi memperkuatkan benteng pertahanan Gergasi Merah?

Sebelum ini, pemain warisan kebangsaan, Kobe Jae Chong juga mengikuti ramai pemain-pemain Selangor di Instagram dan mendapat peluang untuk menyertai sesi pemilihan Gergasi Merah.

Namun hasrat penyokong untuk melihat Kobe menyarung jersi Merah Kuning tidak kesampaian selepas dia dipercayai tidak mencapai 'standard' yang dimahukan barisan kejurulatihan Selangor.

Jikalau Selangor mahu mendapatkan Deijl, ia memerlukan dana yang besar kerana pemain itu masih mengikat kontrak bersama Go Ahead Eagles sehingga 2027.

Selain itu, pihak pengurusan Selangor pastinya akan berdepan dengan banyak persaingan daripada kelab-kelab Eropah kerana pemain itu ialah antara terbaik di Liga Belanda.

Johor Darul Ta'zim (JDT) juga pastinya berminat untuk mendapatkan pemain itu selepas Matthew Davies akan menjangkau usia 30 tahun pada musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram