LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Khamis mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu bagi menggantikan Datuk Stuart Ramalingam yang sudah tamat tempoh jawatannya baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, badan pengelola bola sepak negara itu secara rasmi melantik bekas Delegasi LaLiga di Malaysia, Giorgio Pompili Rossi untuk mengisi kekosongan itu.
"Menurut Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, keputusan melantik Pompili Rossi dibuat berdasarkan pengalaman yang ada padanya dalam industri bola sepak sejak 2013 sehingga kini.
BACA LAGI: Stuart Ramalingam nafi letak jawatan, masih komited sebagai CEO MFL
BACA LAGI: Selangor FC masih boleh merayu — MFL
Stuart melepaskan jawatan sebagai CEO MFL setelah tiga tahun memegang posisi itu. — Facebook/FAM
"Dia memulakan kerjayanya pada tahun 2013 dengan menyertai agensi komersial kelab Serie A dan meneruskan tugas di Sepanyol bersama Valencia CF sebelum beliau menyertai LaLiga pada tahun 2017," katanya.
Sebelum ini, Stuart menepis dakwaan kononnya dia akan meninggalkan posisi tersebut selepas tiga tahun memegang jawatan CEO MFL dengan beberapa perubahan dibawanya.
Namun, desakan masih dibuat penyokong yang menganggap percaturan dan keputusannya dalam arena bola sepak negara gagal membawa sebarang perubahan diharapkan.
Jadi, pada 31 Ogos lalu, Stuart akhirnya mengundur diri dengan Giorgio Pompili dipilih sebagai pengganti dengan dia merupakan individu luar negara pertama memegang jawatan itu.
“Kami di MFL mengalu-alukan kedatangan Pompili Rossi dan menaruh kepercayaan dengan kebolehan serta kepakarannya untuk menjalankan tugas selaku CEO baharu di sini.
"Pengalaman dan pengetahuan Pompili Rossi tentang bola sepak Malaysia dan rantau ini diharapkan dapat membantu dalam menguruskan operasi MFL, khususnya daripada aspek pertandingan dan komersial Liga Malaysia,” jelas Ab Ghani. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram