Stuart Ramalingam nafi letak jawatan, masih komited sebagai CEO MFL


  • Podium
  • Jumaat, 05 Jul 2024

Stuart mula memainkan peranan selaku CEO MFL pada Ogos 2021 selepas peletakan jawatan Datuk Hamidin Mohd Amin.

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO), Malaysian Football League (MFL), Datuk Stuart Ramalingam menafikan khabar angin mengenai pengunduran dirinya dalam badan induk bola sepak negara ini.

Khabar angin mengenai pengunduran dirinya mula tular di media sosial difahamkan mempunyai kaitan dengan beberapa isu yang melanda bola sepak tempatan baru-baru ini.

Bagaimanapun, Stuart tampil memberikan penjelasan mengenai masa depannya bersama badan pengendali liga tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Bagai dapat peluang kedua, karier 2 bekas pemain FC Vion kembali bernyawa musim ini

BACA LAGI: Ada cara untuk Sabah bangkit, pengalaman Selangor boleh kecewakan Kuching City — Irfan Bakti

Stuart menjelaskan beliau masih komited bersama MFL dan mahu kekal sehingga kontraknya tamat pada 30 Ogos ini.

"Ramai yang menghubungi saya mengenai khabar angin mengenai kedudukan saya baru-baru ini.

"Apa yang boleh saya katakan buat masa ini ialah saya komited bersama MFL dan perbincangan sedang berjalan berkaitan kontrak saya yang berakhir pada bulan Ogos.

"Sila ambil perhatian bahawa sebarang perkara rasmi mengenai perkara ini akan diumumkan dalam masa terdekat dan buat masa ini saya masih komited dengan peranan saya,” jelasnya kepada pihak media.

Pengumuman rasmi akan dilakukan oleh MFL jika terdapat sebarang perubahan pada jawatan CEO pada masa yang akan datang.

Untuk info, Stuart mula memainkan peranan selaku CEO MFL pada Ogos 2021 selepas peletakan jawatan Datuk Hamidin Mohd Amin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram