[VIDEO] Di Maria label bekas pengendali Man United paling teruk dalam karier


  • Podium
  • Rabu, 04 Sep 2024

Di Maria layak diangkat sebagai salah seorang pemain sayap terbaik dengan pelbagai kejayaan pernah dikecapinya. — Agensi

PENYERANG sayap antarabangsa Argentina, Angel di Maria diangkat sebagai antara pemain terbaik di posisinya meskipun reputasinya di mata dunia tidaklah semegah bintang global yang lain.

Dia yang pernah beraksi di beberapa kelab ternama seperti Real Madrid dan Juventus sudah menikmati pelbagai kejayaan, termasuk menjadi tonggak ketika kejayaan Los Blancos dalam Liga Juara-Juara UEFA (UCL) 2013/14.

Selain itu, kehebatan pemain lincah tersebut pernah disaksikan ketika saingan Piala Dunia 2022 dengan satu gol berjaya dijaringkannya ketika perlawanan akhir.

BACA LAGI: Legenda Man United nasihatkan Rashford jika ingin setanding Haaland

BACA LAGI: Man United lubuk 'scam' skim pengurus cepat kaya

Manchester United ManU manager Louis van Gaal shakes hands with Angel Di Maria at the end of the game BPI_MW_PrestonNE_ManU_46.jpg PUBLICATIONxNOTxINxUKxFRAxNEDxESPxSWExPOLxCHNxJPNManchester United ManU Manager Louis van Gaal Shakes Hands with Angel Tue Mary AT The End of The Game  jpg PUBLICATIONxNOTxINxUKxFRAxNEDxESPxSWExPOLxCHNxJPN

Di Maria (kanan) dan Van Gaal tidak pernah sebulu sepanjang mereka bersama di Manchester United. — Agensi

Kesemua pencapaian terbabit sudah cukup untuk meletakkan di Maria sebagai seorang pemain sayap terbaik dalam generasinya sebaris dengan pemain terkenal yang lain, seperti Gareth Bale, Neymar dan Lionel Messi.

Namun, seperti kesemua bintang bola sepak, pemain itu juga pernah mengalami kejatuhan paling tragis sepanjang karier dengan perpindahan ke Manchester United pada 2014 merupakan titik terendah dalam tempoh permainannya.

Dia yang berhijrah dengan yuran perpindahan mencecah £60 juta atau bersamaan RM342.1 juta berdasarkan tukaran terkini masih menganggap keputusan itu satu kesilapan dalam kariernya.

Malah, dalam satu pendedahan baru-baru ini, di Maria menceritakan bagaimana pengurusnya ketika itu, Louis van Gaal sebagai pengendali terburuk sepanjang tempoh permainannya.

"Dia adalah pengurus paling teruk bagi saya, anda juga pastinya sudah tahu. Tetapi, kalau anda masih ragu-ragu, itulah jawapan dari saya," katanya dalam satu temu bual bersama ESPN Argentina.

Luahan itu sudah tentu menjejaskan lagi hubungan kedua-dua mereka yang sememangnya tidak sebulu sejak mereka bekerjasama di Manchester United.

Meskipun van Gaal tidak pernah menceritakan keretakan antaranya dengan di Maria, orang ramai sudah tentu mengetahui perkara itu melihat kepada layanan tidak adil diberikan pengurus kelahiran Belanda tersebut terhadap penyerang sayap berkenaan.

Perpindahan pemain berusia 36 tahun ke kelab tersebut masih sukar dilupakan memandangkan dia hadir dengan reputasi cukup baik selepas membantu Argentina ke pentas akhir Piala Dunia 2014.

Selain itu, dia yang menjadi watak utama dalam UCL 2013/14 amat dimahukan penyokong The Red Devils apabila bekas pengurus, Sir Alex Ferguson sendiri teruja dengan pemain berkenaan.

Dia yang menyarung jersi no 7 bersama kelab itu bagaimanapun gagal dalam usaha menyesuaikan diri sehingga menyaksikannya hanya kekal di kelab itu selama semusim.

Jadi, pada jendela perpindahan musim panas 2015, di Maria akhirnya memilih untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dengan yuran perpindahan £44 juta atau RM250 juta mengikut kadar semasa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram