PASUKAN Liverpool menang mudah mengalahkan Manchester United 3-0 hasil dua jaringan Luis Diaz dan satu gol Mohamed Salah pagi Isnin.
Kemenangan di Old Trafford itu sekali gus membuktikan kemampuan Arne Slot sebagai pengurus selepas menggantikan Jurgen Klopp.
Pada perlawanan tersebut juga, ketangkasan pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold di Old Trafford menjaring gol ketika menentang Manchester United juga patut dipuji.
BACA LAGI : Jendela perpindahan dah dibuka, tapi 3 kelab diramal duduk diam 'tak keluar modal'
BACA LAGI : Syafiq Ahmad mahu buktikan masih berbisa bersama HM, anggap bintang Sabah-KL City pesaing '1st Eleven'
Bek kanan itu meledak gol ke pintu gawang namun jaringan itu dibatalkan selepas rakaman VAR mendapati Trent melakukan ofsaid.
Mohamed Salah sempat menyentuh bola sedikit sebelum Trent melakukan sepakan, namun malangnya penyerang Mesir itu berada di depan pertahanan terakhir ketika dia menyentuh bola tersebut.
Ini bermakna gol tersebut dibatalkan dan aksi Trent mencium kamera selepas menjaringkan gol seperti legenda Liverpool, Steven Gerrard menjadi sia-sia.
[Klik Gambar Untuk Tonton Video]
Selepas gol itu diberikan, Trent mencium kamera seperti yang dilakukan Gerrard ketika menjaringkan gol di Old Trafford dengan ia dianggap salah satu momen troll terbaik oleh pemain The Reds di gelanggang lawan United.
Namun sayangnya gol berkenaan dibatalkan pengadil sekali gus menjadikan keraian itu terbantut ketika Liverpool menang di gelanggang lawan.
Rata-rata penyokong bola sepak di laman X (Twitter), dengan pantas menyedari penghormatan kepada legenda Liverpool itu dan turut mengecam pengadil kerana membuat keputusan membatalkan gol Trent. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram