KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United secara rasmi mengumumkan pemain sayap mereka, Jadon Sancho akan menyertai Chelsea secara pinjaman.
Menerusi perjanjian yang dibuat, Chelsea diberi pilihan pembelian tetap yang akan dilaksanakan pada musim panas akan datang.
Namun, ejen bola sepak terkenal, Fabrizio Romano menerusi laman X mendedahkan, terdapat klausa yang menyebabkan Sancho boleh kembali semula ke United jika Chelsea gagal menamatkan saingan dalam kelompok 14 teratas EPL musim ini.
BACA LAGI: Pemilik Manchester United ada sebab tak pecat Ten Hag
BACA LAGI: Dikecewakan arkitek Sepanyol, Liverpool lega Luis Diaz tak jadi pergi Manchester
"Jadon Sancho, Chelsea dan Manchester United menandatangani semua dokumen tepat pada masanya kerana perjanjian telah 100 peratus selesai.
"Pinjaman itu hanya akan terjamin secara rasmi jika Chelsea menamatkan di kedudukan 14 teratas dalam saingan liga musim ini.
"Pemain berusia 24 tahun itu berkemungkinan bergelut untuk mendapatkan minit permainan di kelab baharunya dan ia akan menjadikan perpindahan terburuk dalam sejarah.
"Saya tidak faham kenapa dia begitu teruja untuk ke Chelsea, masih ada ruang untuknya dalam pasukan Manchester United," ciapnya pada Ahad.
Terdahulu, Sancho yang dibeli oleh United dari Borussia Dortmund gagal menunjukkan aksi yang diharapkan.
Selama tiga musim di Old Trafford, dia hanya menjaringkan 12 gol dalam 83 penampilan di atas padang.
Musim lalu, hubungan Sancho dengan Erik ten Hag sangat tegang sehingga menyebabkan jurulatih itu membekukannya daripada pasukan utama kerana dianggap tidak berdisiplin dan pada akhirnya, dia dipinjamkan ke Borussia Dortmund pada pertengahan musim 2023-2024. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram