Arsenal lamar Sterling, Sancho sertai Chelsea saat-saat akhir sebelum jendela perpindahan ditutup


  • Podium
  • Sabtu, 31 Ogos 2024

Perpindahan Sterling (depan) membuka pintu bagi Chelsea mendapatkan Sancho sebelum jendela perpindahan ditutup. — Agensi

PENUTUPAN jendela perpindahan musim panas 2024 dalam masa beberapa jam sahaja lagi membuatkan rata-rata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) bergegas untuk melengkapkan rundingan akhir masing-masing.

Meskipun sudah membawa masuk beberapa rekrut baharu, masih ada yang mahu melakukan rundingan minit-minit akhir kerana khuatir kualiti pasukan masih belum berada di standard terbaik.

Antara yang berbuat demikian ialah Arsenal yang mengumumkan kemasukan pemain antarabangsa England, Raheem Sterling yang ditandatangani secara pinjaman dari Chelsea.

BACA LAGI: Pengalaman Euro antara 4 kelebihan Merino, jadi modal pilihan Arteta berbanding 3 bintang semasa Arsenal

BACA LAGI: Liverpool-Arsenal senasib, dua-dua kempunan sambar bintang Euro Sepanyol

99b77740-6735-11ef-82e0-35b0601111cc

Kehadiran Sterling akan melengkapkan lagi jentera serangan skuad The Gunners. Agensi

Pemain tersebut sememangnya diimpikan skuad The Gunners meskipun mereka memiliki lambakan pilihan dalam jentera serangan, termasuk Bukayo Saka, Kai Havertz dan Gabriel Jesus.

Namun, sekiranya hendak dibandingkan dari segi pengalaman, Sterling mempunyai kelebihan sejak dia mencipta debut dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) buat Liverpool pada 2012.

Malah, dia yang pernah bergandingan bersama pengurus Arsenal, Mikel Arteta ketika mereka bersama-sama di Manchester City sudah tentu menjadikan perpindahan itu sesuatu yang ideal buat kesemua pihak.

Bagaimanapun, saga perpindahan berkenaan tidak terhenti di situ apabila Chelsea bertindak menyambar pemain tersisih Manchester United, Jadon Sancho untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Sterling.

457735016_1131968388730651_133212773613632008_n

Sancho sudah disambar Chelsea pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas 2024. Facebook/Fabrizio Romano

Dalam satu perkhabaran terbaru, perpindahan itu juga dimeterai dengan status pinjaman apabila penyerang sayap England berkenaan sukar meraih tempat dalam skuad The Red Devils.

Kesukaran itu berpunca daripada hubungan dingin antaranya dengan pengurus, Erik ten Hag yang turut menyaksikannya dipinjamkan ke pasukan lamanya, Borussia Dortmund pada pertengahan musim 2023/24.

Penghijrahan Sancho ke Chelsea sudah tentu akan merancakkan lagi skuad The Blues yang sudah memiliki lambakan pilihan di posisi serangan seperti Joao Felix, Pedro Neto dan Noni Madueke.

Namun, dengan mereka bercita-cita besar dalam saingan EPL dan di pentas Eropah, skuad serba lengkap pasti diperlukan bagi memastikan pemain berada di tahap terbaik bagi setiap perlawanan. — Reuters

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram