PEMAIN badminton para negara, Muhammad Fareez Anuar mengekalkan rekod tanpa kalah di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas menundukkan Taiyo Imai dari Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan B di Porte de La Chapelle Arena pada Sabtu.
Muhammad Fareez bagaimanapun terpaksa berhempas pulas untuk bangkit daripada ketinggalan pada set pertama, 17-21.
Dalam set kedua, pemain yang berusia 28 tahun itu berjaya mencari semula momentum yang hilang dan mengecewakan Imai, 21-17, 21-17 dalam masa 72 minit, sekali gus melangkah ke separuh akhir sebagai juara kumpulan B.
BACA LAGI: [VIDEO] Berjaya catatkan kemaraan, Sabah Women perlu bersedia hadapi kelab Korea
BACA LAGI: Skuad Jang terima nafas baharu, bekas tonggak KL City disebut dalam radar NSFC
Muhammad Fareez mengenepikan cabaran dari negara Matahari Terbit, Taiyo Imai.
Dengan kemenangan itu, aksi Muhammad Fareez dalam menundukkan cabaran dari negara Matahari Terbit itu sempat mencuri tumpuan penyokong.
Menerusi satu video yang dikongsikan di laman Facebook, Muhammad Fareez menunjukkan skil cemerlang apabila berjaya memperdayakan pihak lawan dengan taktikal yang dihasilkan olehnya.
Dalam video tersebut, atlet paralimpik negara itu tidak memberi peluang kepada Imai untuk mendapatkan mata apabila melakukan serangan ke arah kiri dan kanan atlet itu.
Kecemerlangan Muhammad Fareez dalam menundukkan cabaran Jepun itu mendapat pujian penyokong tanah air.
"Menyala Fareez Anuar di Paralimpik Paris 2024, padu habis, masak member dari Jepun nak ambil bola, kanan kiri dia kena sampai letih member," kata Jatt Cuba Review.
"Dia punya game lebih rancak dari orang biasa main, semangat lain macam," kata Mohd Redzuan Abu Halipah.
"Saya tengok dah macam Lee Zii Jia dah Fareez ni, mungkin kalau lawan Zii Jia, berpeluh juga Zii Jia dibuatnya," kata Anuar Hamzah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram