BARU-BARU ini, kem Penang FC menerima khabar gembira apabila sah mendapatkan khidmat penyerang import baharu dari Australia, Dylan Wenzel-Halls.
Pernah beraksi bersama Central Coast Mariners, Wenzel-Halls kini menjadi bintang import baharu Harimau Kumbang yang akan memperkuatkan bahagian serangan.
Selain Central Coast Mariners, pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini pernah menabur bakti bersama Brisbane Roar dan Western United dalam Liga utama Australia.
BACA LAGI: Kurang hangat diperkatakan, 3 perpindahan tak cukup saga termasuk bintang muda JDT
Denzel-Halls (jersi kuning) dianggap seorang yang hebat menggelecek. — Facebook
Pengalaman luas dalam Liga Australia mengasah kebolehannya untuk menjaringkan gol sekali gus menjadikan dia sebagai aset penting untuk pasukan Harimau Kumbang bagi mengharungi saingan Liga Super musim ini.
Dalam pada itu, rata-rata penyokong Harimau Kumbang menyambut baik kehadiran penyerang berketinggian 1.73 meter itu.
"Terbaik import baharu, sudah try Google nama dia, langsung tiada gambar duduk senyap, semua gambar tengah celebrate gol," kata Fikri Hafiz.
"Semoga pusingan kedua nanti pasukan Penang FC akan ada perubahan untuk menjadi yang terbaik dari sebelum ini, kita kena bersaing dengan negeri jiran, Kedah Darul Aman FC," kata Afiz Abdullah.
"Nasiblah player baharu ni first game dah kena jumpa champion dalam liga berturut-turut, harap dapat bantu pasukan Penang FC untuk bertahan dan menyerang dengan baik, tak harap menang, cukup bagi game macam PDRM FC," kata Azrul Nazmi.
"Ini baru betul import macam bintang Johor Darul Ta'zim, semoga kemasukan pemain ini dapat membantu Penang FC memperbaiki kedudukan," kata Muhammad Khairul.
Berbaki kurang dua minggu sahaja lagi, skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli itu akan berdepan cabaran sengit apabila dijadual bakal bertemu pasukan gergasi tanah air, JDT dalam saingan Liga Super pada 13 September nanti.
Oleh itu, dengan adanya Wenzel-Halls di barisan hadapan pasukan, sudah tentu jentera serangan Harimau Kumbang dijangka mampu memberikan saingan kepada JDT nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram