Terbuka Korea: Tang Jie-Ee Wei bangkit tundukkan beregu China, catat rekod peribadi


  • Podium
  • Ahad, 01 Sep 2024

Kejayaan dalam Terbuka Korea itu merupakan kali pertama Tang Jie-Ee Wei mencatatkan kejayaan dalam siri Super 500.

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjuarai Terbuka Korea pada Ahad dengan kebangkitan bergaya ditonjolkan mereka.

Gandingan nombor sembilan dunia itu hanya memerlukan 58 minit untuk menundukkan lawan mereka, Guo Xinwa-Li Qian dalam pertembungan tiga set yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan.

Tang Jie-Ee Wei memulakan perlawanan dengan langkah kiri selepas tewas 17-21, namun bangkit dalam set kedua 21-13 untuk meraih momentum dalam aksi final itu.

BACA LAGI: Anggap perlawanan pertama Olimpik sangat penting, Roslin Hashim ramal potensi 3 beregu negara

BACA LAGI: Paris 2024: Pertemuan hidup mati Pearly-Thinaah, beregu Indonesia untuk tamatkan penantian 8 tahun

KUALA LUMPUR 10 Jan -- Aksi regu campuran Negara Cheng Tang Jie (kiri) dan Toh Ee Wei (kanan) ketika menentang regu Perancis Thom Gicque dan Delphine Delrue pada kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena hari ini.Keputusan perlawanan, Malaysia menang dengan keputusan 21-17 dan 21-18.-- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Tang Jie-Ee Wei tewas dalam perlawanan akhir Thailand Masters.

Kemenangan itu diteruskan dalam set penentuan apabila wakil Malaysia berkenaan mencatatkan kemenangan 21-13 untuk meraih kejayaan pertama dalam Terbuka Korea.

Ini merupakan penampilan ketiga Tang Jie-Ee Wei dalam pentas final tahun ini apabila turut berada dalam perlawanan akhir ketika Thailand Masters dan Swiss Open.

Malah, kejayaan di Korea Selatan itu menyaksikan mereka mencatatkan kemenangan pertama dalam siri Super 500 yang pasti akan terus membakar semangat mereka pada masa akan datang.

Dalam pada itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah akan juga berentap dalam perlawanan akhir apabila mereka bertemu pasangan tuan rumah, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram