Paralimpik Paris: Liek Hou, Fareez Anuar menang mudah aksi pertama acara badminton


  • Podium
  • Khamis, 29 Ogos 2024

Fareez Anuar meraih kemenangan pertama dalam aksi Kumpulan B menentang Fang Jen-Yu yang merupakan pilihan kedua temasya berprestij itu.

JAGUH perseorangan badminton para negara, Cheah Liek Hou, menepati ramalan memenangi perlawanan pertama kategori SU5 Kumpulan A Sukan Paralimpik Paris 2024, pada Khamis (29 Ogos).

Liek Hou menundukkan perseorangan nombor lima dunia, Bartlomiej Mroz, dalam pertemuan straight set 21-10, 21-6 di Porte de la Chapelle Arena, Perancis.

Menerusi ciapan wartawan Astro Arena, Karl Nunis dalam laman X, Muhammad Fareez Anuar dan Cheah tidak memerlukan 'rubber set' untuk meraih kemenangan pertama buat kontinjen negara.

BACA LAGI: Peruntukan RM100 juta diluluskan selenggara jalan di Semenanjung — Ahmad Maslan

BACA LAGI: Tak pernah wakil negara, media Australia bangga pencapaian Shane Lowry di Liga Malaysia

"Wakil perseorangan lelaki negara (SU5) Cheah Liek Hou dan Fareez Anuar tepati ramalan langkah kanan di Paralimpik Paris.

"Fareez mudah menundukkan Fang Jeng Yu 21-14, 21-18.

"Liek Hou turut merekodkan kemenangan straight set ke atas Bartlomiej Mroz," ciapnya dalam X.

Selepas ini, Liek Hou akan bertemu wakil tuan rumah, Meril Loquette, untuk meneruskan misi pingat emas negara.

Fareez Anuar pula meraih kemenangan pertama dalam aksi Kumpulan B menentang Fang Jen-Yu (Taiwan) yang merupakan pilihan kedua temasya berprestij itu. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram