PEMILIK bersama baharu Manchester United, Jim Ratcliffe mendedahkan sebab sebenar dia tidak memecat Erik ten Hag walaupun kelab mengharungi musim terburuk dalam era Liga Perdana Inggeris.
Ratcliffe, 71, turut menjelaskan mengapa dia berasakan kelab berkenaan sudah hilang arah sebelum ketibaannya dan dia sedang berusaha untuk membina semula gergasi Inggeris itu.
United menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris 2023-24 di tangga kelapan, pencapaian terburu sejak musim 1989-90.
BACA LAGI: [VIDEO] Dah sarung jersi TFC, 2 ejen Terengganu cuba pancing prospek hangat Liga Super
BACA LAGI: [VIDEO] Gelaran ahli akademik tak halang Raygun cipta sejarah 'breakdance' di Olimpik Paris 2024
Perbezaan gol negatif buat pertama kali dalam tempoh 34 tahun dan 14 kekalahan liga yang terburuk sejak musim 1989-90 memburukkan lagi imej United di bawah Ten Hag.
Namun, kemenangan ke atas seteru tetangga, Manchester City pada final Piala FA memastikan United akan terus beraksi di pentas Eropah musim ini.
Ketika peminat dan pemerhati mendesak supaya pengendali dari Belanda itu dipecat, Ratcliffe memutuskan untuk terus memberi peluang kepada Ten Hag berbanding mencari pengendali baharu buat kali keenam selepas persaraan Alex Ferguson pada tahun 2013.
"Erik seorang yang baik dan sudah melakukan yang terbaik, tetapi membuat terlalu banyak kerja.
"Dia cuba membentuk semula skuad tetapi pada masa sama cuba 'memperbaiki atap'," kata Ratcliffe. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram