Dikecewakan arkitek Sepanyol, Liverpool lega Luis Diaz tak jadi pergi Manchester


  • Podium
  • Rabu, 14 Ogos 2024

Diaz sudah bersama Liverpool sejak Januari 2022. — Agensi

WALAUPUN sedia berbelanja besar, namun ia tidak menjanjikan pulangan yang diingini Liverpool apabila pemain sasaran mereka iaitu Martin Zubimendi menolak tawaran The Reds dan memilih untuk kekal bersama Real Sociedad.

Nama Zubimendi semakin menjadi tumpuan dalam kalangan beberapa kelab gergasi Eropah termasuk Liverpool selepas persembahan cemerlang pemain tengah Real Sociedad itu dalam membantu Sepanyol muncul juara Euro 2024 pada Julai lepas.

Pemain yang mempunya klausa pelepasan bernilai 52 juta pound (RM295 juta) itu belum bersedia meninggalkan Real Sociedad sehingga terpaksa menolak tawaran besar dari kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

BACA LAGI: Liverpool perlu singkir pemain 'tua' demi sambar hero Euro 2024 Sepanyol

BACA LAGI: Drama temui penamat, United sedia lepaskan Sancho walaupun kena jual murah

Selepas ditolak pemain berusia 25 tahun itu, skuad kendalian Arne Slot juga hampir kehilangan penyerang sayap, Luis Diaz selepas pemain itu dikatakan sedang berada dalam radar Manchester City.

Desas-desus mengenai Diaz akan menyarung jersi The Cityzens mula membimbangkan penyokong Liverpool selepas wartawan, Marcos Benito melaporkan bahawa pemain sayap Colombia itu sudah mencapai persetujuan dengan Man City selama lima tahun.

Menurut wartawan berkenaan, skuad kendalian Pep Guardiola bersedia menawarkan 70 juta euro (RM340 juta) untuk mendapatkan khidmat penyerang sayap berusia 27 tahun tersebut.

zubimendi

Zubimendi menolak tawaran daripada Liverpool dan memutuskan untuk kekal bersama Real Sociedad. — Agensi

Khabar angin berkenaan bagaimanapun dinafikan oleh koresponden The Athletic Manchester City, Sam Lee yang menyatakan bahawa ia adalah berita palsu dan juara EPL musim 2023/2024 itu tidak berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Selain Sam Lee, James Pearce iaitu wartawan Liverpool untuk The Athletic juga tampil memberitahu bahawa The Red tidak menerima tawaran daripada mana-mana kelab yang berminat untuk menandatangani Diaz.

Dengan pengesahan dari dua wartawan berkenaan, peminat Liverpool boleh mengharapkan untuk melihat Diaz dalam skuad untuk aksi pembukaan musim Liga Perdana menentang Ipswich Town pada Sabtu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram