PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin pada Khamis mengumumkan skuad Harimau Malaya bakal menerima dua pemain baharu dalam masa terdekat.
Mereka adalah penyerang St Louis City II, Wan Kuzain Wan Kamal di Amerika Syarikat serta pemain warisan baharu, Mats Deijl yang merupakan kapten Go Ahead Eagles yang beraksi di divisyen teratas Belanda.
Pengumuman berkenaan sudah tentu membawa episod baharu buat pasukan kebangsaan secara keseluruhan yang kelihatan tidak memiliki kelainan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
BACA LAGI: Tiba sebagai pemain warisan, keeper muda JDT dicadang barisi skuad muda negara
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas sambar graduan Real Madrid, 3 pemain warisan lain mula beri 'hint' ikut JDT
Mats Deijl merupakan nama terbaru yang akan menyertai Harimau Malaya. — Agensi
Meskipun ada yang beranggapan FAM sepatutnya mengetengahkan pemain lokal, pendekatan sedemikian pernah membuahkan hasil sebelum ini, iaitu apabila negara menamatkan penantian 43 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit.
Jadi, sekiranya kehadiran pemain berdarah warisan membawa perbezaan seperti mana diharapkan, badan induk bola sepak negara itu pasti akan terus membawa masuk calon yang kini beraksi di luar negara.
Berdasarkan pemerhatian Majoriti, berikut merupakan tiga nama yang cukup sesuai untuk berada dalam senarai pendek FAM sekiranya mereka mahu menguatkan Harimau Malaya dengan bintang warisan yang berpengalaman di luar negara.
1. Jaami Qureshi
Berdasarkan khabar angin sebelum ini, terdapat ura-ura mengatakan skuad kebangsaan bakal membawa masuk Jaami Qureshi yang pernah beraksi buat skuad muda beberapa kelab Liga Perdana Inggeris seperti Brighton & Hove Albion.
Pemain berdarah kacukan Iraq-Malaysia itu sememangnya diharapkan penyokong untuk menyarung jersi Harimau Malaya kerana memiliki pengalaman sebagai seorang pemain sayap.
Bagaimanapun, sehingga kini, Jaami tidak pernah diletakkan dalam senarai skuad muda negara, termasuk semasa Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) AFC 2022 ketika mana dia masih beraksi buat kelab berkenaan.
Jaami pernah menghabiskan masa beberapa tahun di akademi Brighton & Hove Albion. — Agensi
Ketiadaannya dalam pasukan ketika itu turut mendesak FAM untuk mengeluarkan kenyataan terhadap penyokong yang mempertikaikan keputusan mereka dalam mengetepikan penyerang sayap berkenaan.
Tetapi, sekiranya Harimau Malaya sudah terbuka hati untuk menerima kehadirannya, Jaami juga sudah tentu terbuka, lebih-lebih lagi dengan kesukaran baginya mewakili Iraq.
Namun, Jaami yang berstatus ejen bebas sejak 2022 pasti akan berdepan kesukaran untuk merealisasikan harapan itu kerana sukar bagi barisan kejurulatihan negara membuat penilaian terhadapnya.
2. Sam Bone
Ketika zaman Kim Pan-gon, Dion Cools, Shahrul Saad atau Dominic Tan menjadi pilihan utama dalam sistem dua bek tengah yang diguna pengendali kelahiran Korea Selatan berkenaan.
Namun, kekerapan Dominic melakukan kesilapan di samping perubahan posisi Dion Cools di peringkat kelab akan mendesak jurulatih sementara, Pau Marti Vicente untuk mencari tonggak pertahanan baharu.
Salah seorang calon terbaik sudah tentu Sam Bone yang kini beraksi di Liga Perdana Ireland di bawah kendalian bekas pemain Chelsea, Damien Duff dengan mereka menduduki kedudukan kedua selepas 27 perlawanan.
Sam Bone yang merupakan pemain kelahiran Kuching, Sarawak kini beraksi di liga teratas Republik Ireland. — Agensi
Pemain berkenaan sudah tentu pertahanan ideal untuk diserapkan ke dalam Harimau Malaya dalam masa terdekat dengan kelebihan fizikal merupakan faktor utama di sebalik cadangan itu.
Selain itu, usianya yang baru mencecah 26 tahun sesuai dengan pelan jangka masa panjang buat skuad kebangsaan yang mahu melangkah ke tahap baharu pada tahun-tahun akan datang.
3. Wan Kuzri Wan Kamal
Seperti dikatakan di atas, Wan Kuzain akan dipanggil untuk menyertai Harimau Malaya selepas pemain berusia 24 tahun berkenaan kembali dari kecederaan dialaminya.
Tetapi, sekiranya FAM mahu meluaskan lagi pilihan buat barisan kejurulatihan negara, terdapat seorang lagi pemain sesuai dipanggil, Wan Kuzri Wan yang merupakan adik kepada Wan Kuzain.
Wan Kuzri ketika dipanggil ke dalam skuad B-22 negara. — Facebook/FAM
Pemain yang beraksi di bahagian tengah itu sebelum ini pernah disebut-sebut untuk menyertai kem skuad muda kebangsaan, namun hanya sempat menghadiri latihan skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara.
Jadi, dengan pendekatan berbeza mula diambil FAM, pemain berkenaan boleh dipertimbangkan melihat kepada pengalamannya setelah beberapa tahun meluangkan masa di Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, persaingan hebat dalam kalangan pemain tengah lokal menyukarkan hasrat Wan Kuzain untuk menembusi Harimau Malaya, lebih-lebih lagi sekiranya dia gagal mencipta nama di peringkat kelab. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,