Pau Marti teruja kendali Harimau Malaya, akui perubahan Filipina undang kesukaran


  • Podium
  • Khamis, 29 Ogos 2024

Pau Marti pasti mengharapkan permulaan cemerlang dalam perlawanan pertamanya buat skuad kebangsaan. — Facebook/FAM

PENGENDALI sementara Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menyuarakan keterujaannya untuk memulakan tugasan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan dan dia yakin mampu menggalas tugas ditinggalkan Kim Pan-gon buatnya.

Malah, tegasnya, dia gembira dengan pemilihan 26 pemain ke kem latihan pusat dengan objektif utama mereka adalah untuk memenangi perlawanan menentang Filipina dalam kejohanan Pestabola Merdeka pada 4 September depan.

“Saya sangat teruja dengan hari pertama sebagai ketua jurulatih dan tidak sabar untuk bertemu para pemain. Mereka semua ada di sini dan saya sangat gembira untuk memulakan tugas sebagai jurulatih kebangsaan.

“Objektif kami di Pestabola Merdeka adalah untuk menang terlebih dahulu dengan Filipina dalam perlawanan pertama dan mahu pemain berikan kerjasama dan yakin mereka mampu berikan yang terbaik dan meraih kemenangan,” katanya ketika ditemui pada hari pertama kem latihan pusat.

BACA LAGI: Ruginya Pau Marti tak bawa Fergus Tierney dan 2 bintang muda Selangor-TFC ke Pestabola Merdeka

BACA LAGI: Pau Marti tak cukup ubati kekecewaan ekor HM, kekal boikot Pestabola Merdeka

STATEMENT 2024-02-2

Kejohanan yang disertai empat negara itu pasti akan membawa keterujaan tersendiri. FAM

Pau Marti juga mahu berhati-hati dengan Filipina meskipun mereka kehilangan ketua jurulatih dan itu mungkin menjadi masalah buat Malaysia tetapi dia hanya mahu para pemain fokus diri mereka sendiri.

Jurulatih kelahiran Sepanyol berkenaan diberikan kepercayaan mengendalikan skuad kebangsaan selepas Pan-gon meninggalkan posisi itu pada Julai lalu.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, Pau Marti akan diberikan tempoh sehingga awal tahun depan bagi menilai kebolehannya mengendalikan Harimau Malaya.

Sekiranya berjaya membawa perubahan dan menaikkan kedudukan negara dalam ranking FIFA, tiada halangan dilihat dapat menyekatnya daripada memegang jawatan itu secara tetap.

r1296367_1296x729_16-9

Tom Saintfiet tidak akan mengendalikan Filipina dalam kempen Pestabola Merdeka kali ini. Agensi

Dalam pada itu, Pau Marti turut berkata, perubahan barisan kejurulatihan Filipina akan memberi sedikit kesukaran baginya membuat analisis terhadap lawan pertama mereka dalam Pestabola Merdeka itu nanti.

"Saya tidak boleh katakan pertukaran itu sebagai satu berita baik, saya perlu fokus terhadap pasukan sendiri. Saya juga melihat Filipina menjadi lawan sukar bagi kami.

"Jadi, dengan perubahan sudah dilakukan, ia akan menjadi lebih sukar kerana kita tidak dapat ramal apa yang akan mereka lakukan. Oleh itu, kami akan memberi perhatian penuh terhadap pasukan sendiri," katanya.

Pada Khamis, pengendali skuad The Azkals, Tom Saintfiet mengumumkan keputusan untuk melepaskan jawatan apabila dia lebih berminat untuk membimbing skuad kebangsaan Mali.

Sekiranya skuad kebangsaan meraih kemenangan dalam aksi pembukaan, Harimau Malaya akan berdepan Tajikistan atau Lubnan dalam pertembungan yang juga akan dikenakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram