NAMA bekas Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo kini mencuri tumpuan penyokong tanah air apabila dilaporkan berada dalam radar untuk memimpin Harimau Malaya.
Perkara tersebut disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang mendedahkan salah seorang jurulatih dari Korea Selatan iaitu Park Hang-seo turut berada dalam senarai badan induk itu.
Nama Hang-seo bukanlah asing dalam kancah bola sepak berikutan dia pernah membuktikan dengan membawa pasukan Vietnam cemerlang di pentas Asia.
BACA LAGI: Bercuti atau tinggalkan Pahang selamanya? Kehadiran striker Tok Gajah di Eropah timbul tanya
BACA LAGI: Lepas Pestabola Merdeka, Harimau Malaya bakal berdepan pasukan ke-94 dunia
Pan-gon (kiri) meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya.
Kekecewaan penyokong dengan kehilangan Kim Pan-gon yang meletak jawatan baru-baru ini pastinya dapat diubati dengan kehadiran Hang-seo dalam skuad kebangsaan.
Meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong tanah air berpendapat bahawa Hang-seo sesuai mengemudi skuad Harimau Malaya berdasarkan prestasinya membawa naik dan mengasah bakat ramai pemain Vietnam yang menjadi satu skuad terbaik dalam Asean dan Asia.
"Mantap, biar dia pilih sendiri pemain-pemain yang dia rasa bagus dan sesuai dengan taktikal, bagi dia ruang, confirm padu Malaysia lepas ni," kata Hasridzuan Hassan.
"Sangat setuju, kali ini kita boleh dapat jawapan prestasi sebenar Harimau Malaya sebenar, kita mahu tengok juga short pass yang menarik buat Harimau Malaya, kalau masih tidak wujud tiki taka yang menarik, pemain yang problem," kata David Bontolon.
"Dulu dia bawa Vietnam dengan player local sudah berjaya proven dekat Asia, dengan player naturalisasi yang Malaysia ada sekarang, mesti padu dia bawa Malaysia nanti," kata Mohd Nashahruddin Abdul Halim.
"Setuju Park Hang-seo ambil alih Malaysia, mana tahu ranking terus melonjak, tidak mustahil," kata Ahamd Kuzair.
Untuk rekod, Hang-seo mengendalikan skuad senior Vietnam sejak 2017 dan meraih 26 kemenangan, 15 seri dan 14 kekalahan dalam 55 perlawanan.
Daripada keseluruhan perlawanan itu, dia berjaya membawa Vietnam memenangi Piala AFF pada 2018. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram