Lepas undian dibuat, format baharu UCL tidaklah serumit disangka


  • Podium
  • Jumaat, 30 Ogos 2024

UCL merupakan salah satu pertandingan bola sepak yang amat dinanti-nantikan peminat seluruh dunia. — Agensi

BAGI peminat bola sepak sekitar Eropah, saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) merupakan pertandingan paling dinanti-nantikan kerana ia mengumpulkan kelab-kelab terbaik dari benua tersebut.

Pertembungan gergasi seperti Real Madrid, Liverpool dan Bayern Munich adalah antara aksi yang sering disaksikan, lebih-lebih di peringkat kalah mati.

Namun, bermula musim ini, UEFA sebagai badan pengelola bola sepak di Eropah mengumumkan perubahan terhadap format pertandingan yang amat mengelirukan peminat.

BACA LAGI: UEFA kena ketat kawalan gara-gara Ronaldo

BACA LAGI: David de Gea kembali dijulang, bantu kelab Itali layak ke pentas Eropah

overall_0825

Penjelasan mengenai cara buat pasukan bersaing untuk layak ke pusingan seterusnya.

Sekiranya pada tahun-tahun sebelum ini, UCL akan dimulakan dengan peringkat kumpulan apabila kesemua 32 kelab yang bertanding dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan dua pasukan teratas bakal mara ke pusingan seterusnya.

16 pasukan berbaki akan kemudiannya berentap dalam format kalah mati dengan masing-masing akan beraksi sebanyak dua kali sehingga dua wakil terakhir bakal bertemu dalam perlawanan akhir.

Bagaimanapun, bermula kempen 2024/25, pertandingan itu akan menyaksikan sebanyak 36 kelab ditempatkan dalam sebuah liga utama atau lebih dikenali sebagai 'Swiss League'.

Format perlawanan akan menyaksikan kesemua peserta beraksi lapan kali dengan lawan mereka dipilih berdasarkan 'pot' yang menempatkan pasukan berdasarkan kedudukan liga dalam ranking UEFA.

fixtures_update_0829

Penjelasan mengenai cara memutuskan lawan bagi setiap pasukan dalam format baharu.

Sebagai contoh, Real Madrid akan berdepan Liverpool dan Borussia Dortmund yang merupakan kelab dalam 'Pot 1' sebelum bertemu VfB Stuttgart (Jerman) dan Brest (Perancis) sebagai lawan dari 'Pot 4'.

Tetapi, Brest yang merupakan pasukan terendah berdasarkan ranking UEFA sudah diundi untuk berdepan Real Madrid serta Barcelona sebagai lawan dari 'Pot 1' dan menentang Sturm Graz (Austria) serta Sparta Prague (Republik Czech) sebagai lawan dari 'Pot 4'.

Selepas beraksi sebanyak lapan kali, kedudukan dalam carta liga akan menentukan lapan kelab yang akan mara ke pusingan 16 pasukan terbaik sementara 16 yang lain akan bertemu di peringkat playoff bagi merebut slot ke peringkat seterusnya.

Mereka yang tewas dalam aksi playoff akan diturunkan ke Liga Eropah UEFA (UEL) sementara baki lapan pasukan lain akan tersingkir daripada mana-mana kejohanan peringkat Eropah.

1247365002.0

Format baharu UCL diumumkan bagi mengelakkan dominasi pasukan gergasi. — Agensi

Rombakan itu dibuat dengan alasan UEFA mahu memberi peluang lebih cerah buat pasukan yang dianggap kerdil untuk mara ke pusingan seterusnya selain menamatkan dominasi pasukan gergasi Eropah.

Tetapi, rungutan terus diberikan pelbagai pihak, termasuk pengurus dan penyokong yang berasakan perubahan format itu akan mengurangkan tempoh berehat dalam kalangan pemain.

Berdasarkan perkiraan, perubahan struktur pertandingan bakal menyaksikan peningkatan daripada 96 ke 144 perlawanan di peringkat kumpulan secara keseluruhan.

Namun, masih perlu diingatkan bahawa Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut mengambil perubahan sedemikian apabila Liga Juara-Juara AFC (ACL) akan menggunakan format sama musim ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram