MUSIM belum pun bermula, tapi kem Real Madrid dilihat berada dalam keadaan gerun selepas melihat pemainnya iaitu Eduardo Camavinga mengalami kecederaan.
Pemain versatil dari Perancis itu dijangka akan terlebih permulaan awal musim baharu La Liga selepas tersebar rakaman dia meraung ketika sedang berlatih.
Camavinga yang pernah menjadi sasaran Manchester United, dilihat mengalami kecederaan sewaktu persiapan Real berhadapan aksi Piala Super UEFA berdepan Atalanta yang dijadualkan pada Khamis di Warsaw, Poland.
BACA LAGI: Semata-mata mahu cantas Real Madrid, Man United sanggup labur RM253 juta ikat bek 18 tahun
BACA LAGI: [VIDEO] Real Madrid julang trofi UCL, lepas Carlo Ancelotti marah Vinicius Junior
Dalam sebuah rakaman yang tular di media sosial, Camavinga dilihat menjalani latihan sedang menerima hantaran daripada rakan sepasukan.
Ketika itu, Camavinga cuba untuk menggelincirkan dirinya sebelum cuba melepasi rakan sepasukan Aurelien Tchouameni tetapi ketika itulah kecederaannya datang.
Jeritan Camavinga itu kemudiannya memecah kesunyian pada sesi latihan tersebut dengan dia dilihat memegang lututnya yang sakit dalam video tersebut.
Sehingga kini, Real masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan status kecederaan Camavinga sama ada ia serius atau tidak.
Bagi Camavinga pula, dia mengakui kecederaan yang dialaminya adalah pada lutut dan dia kini berdebar menantikan keputusan pemeriksaan dilakukan pasukan perubatan kelab.
"Saya tak tahu apa silapnya, saya akan adakan ujian pada Rabu," jawab Camavinga ringkas.
Apa yang pastinya, kecederaan dialaminya akan membuatkan Camavinga tidak dapat beraksi menentang Atalanta bagi merebut piala pertama pada musim ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram