UEFA kena ketat kawalan gara-gara Ronaldo


  • Podium
  • Isnin, 24 Jun 2024

Ronaldo (kanan) diserbu seorang pemuda (kiri) ketika perlawanan bertemu Turkiye. — Agensi

AURA Cristiano Ronaldo sebagai pemain bola sepak tidak boleh dinafikan kehebatannya. Sehingga kini, dia masih lagi mempunyai pengaruh kuat baik di peringkat kelab atau negara pada usia 39 tahun.

Malah di Euro 2024, Ronaldo masih lagi menjadi tumpuan baik pasukan lawan serta penyokong yang hadir ke stadium dan semasa perlawanan bertemu Turkiye menjadi bukti.

Dalam kemenangan 3-0 Portugal terhadap Turkiye pada Ahad, Ronaldo menjadi sasaran kepada tujuh individu yang menjadi pitch invader ketika perlawanan.

BACA LAGI: [VIDEO] Bek Turkiye bantu Portugal raih tiket ke pusingan 16 Euro 2024

BACA LAGI: [VIDEO] Euro 2024: Retak tulang pipi, kemenangan Hungary terpaksa 'dibayar dengan harga mahal'

WhatsApp Image 2024-06-24 at 20.56.20

Kanak-kanak berusia 10 tahun (kanan) berlari untuk bergambar dengan Ronaldo (tengah). — Agensi

Dari kanak-kanak sehinggalah orang dewasa, mereka memasuki padang dengan niat untuk mengambil swafoto dengan Ronaldo sewaktu perlawanan sedang berlangsung hinggakan bintang itu mula hilang sabar.

Situasi kurang senang itu menyebabkan FA Portugal menulis surat secara rasmi kepada UEFA untuk meningkatkan kawalan keselamatan kerana tidak mahu peristiwa serupa berulang.

Hasil daripada itu, UEFA mengambil langkah proaktif dengan badan induk bola sepak Eropah itu mengetatkan kawalan keselamatan sehingga tamat kejohanan.

"Keselamatan di dalam stadium, di padang dan fasiliti pasukan adalah keutamaan utama UEFA, FA Jerman dan Euro 2024. Hingga ke penamat (kejohanan), kawalan keselamatan tambahan akan diletakkan di stadium untuk sebagai keperluan kejohanan dan bagi menghalang insiden daripada berlaku.

"Sebagai peringatan, sebarang pencerobohan ke dalam padang merupakan pelanggaran peraturan stadium dan akan mengakibatkan pengusiran dari stadium, larangan daripada semua perlawanan kejohanan dan pemfailan aduan jenayah rasmi untuk pencerobohan," kata UEFA.

UEFA bagaimana pun tidak menyatakan bagaimana pendekatan digunakan untuk meningkatkan tahap keselamatan di setiap lokasi Euro 2024. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram