Sudahlah kempunan dapat muka baharu, Liverpool turut hilang bintang muda bernilai RM56 juta


  • Podium
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Pemburuan Liverpool di pentas UCL dan peringkat Eropah dikhuatiri menghadapi kesukaran melihat kepada skuad semasa mereka. — Agensi

JENDELA perpindahan amat perlahan dialami Liverpool setakat ini apabila mereka menjadi satu-satunya kelab dari lima liga teratas Eropah yang belum membawa masuk muka-muka baharu.

Selepas hangat dikaitkan dengan Martin Zubimendi dari Real Sociedad, kegagalan untuk memujuknya menyaksikan penghijrahan itu gagal meskipun The Reds sanggup menawarkan yuran perpindahan berbaloi.

Jadi, fokus kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dipalingkan apabila mereka dikhabarkan bersedia untuk menyambar penjaga gol dari Valencia, Giorgi Mamardashvili.

BACA LAGI: Dikecewakan arkitek Sepanyol, Liverpool lega Luis Diaz tak jadi pergi Manchester

BACA LAGI: Awas JDT, bekas pemain Liverpool, Chelsea, Arsenal menanti anda di ACL Elite

Liverpool FC v AC Sparta Praha: Round of 16 Second Leg - UEFA Europa League 2023/24 Bobby Clark of Liverpool on the ball during the UEFA Europa League 2023/24 round of 16 second leg match between Liverpool FC and AC Sparta Praha at Anfield on March 14, 2024 in Liverpool, England. Liverpool Anfield England United Kingdom PUBLICATIONxNOTxINxUK Copyright: xSportsphoto/Sportsphoto/APLx 13969531

Bobby Clark dilaporkan akan berhijrah dalam masa terdekat.

Perpindahan itu juga seperti sukar untuk direalisasikan memandangkan Liverpool masih memiliki Alisson dan Caoimhin Kelleher yang boleh beraksi dengan cemerlang.

Kelewatan dalam membuat sebarang rekrut itu dikhuatiri akan menyukarkan misi The Reds di pentas domestik dan Eropah musim depan, lebih-lebih lagi selepas melantik Arne Slot sebagai pengendali baharu.

Lebih mengejutkan lagi, kelab Merseyside tersebut juga dikhabarkan bakal kehilangan pemain muda yang akan mengecilkan lagi pilihan dalam pasukan.

Berdasarkan laporan Fabrizio Romano, skuad The Kop itu bersedia untuk melepaskan pemain muda, Bobby Clark yang bakal menyertai Red Bull Salzburg di Austria.

Dikhabarkan, kelab tersebut mahu membayar £10 juta (RM56.8 juta) bagi pemain berusia 19 tahun tersebut meskipun dia jarang meraih minit permainan di EPL.

Pemergian Bobby Clark itu akan menyaksikan Liverpool kehilangan seorang lagi bintang muda selepas Fabio Carvalho memeterai perpindahan ke Brentford awal minggu lalu.

Kehilangan pemain-pemain itu pastinya merunsingkan Arne Slot memandangkan skuad The Reds akan berentap di Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram