Clean sheet berdepan Nepal, ketangkasan keeper Sabah bukti layak jadi GK kebangsaan


  • Podium
  • Khamis, 29 Ogos 2024

Sebahagian aksi menarik pertahanan Sabah yang cemerlang mempertahankan kubu pertahanan pasukan daripada ditembusi jentera serangan lawan. — Facebook/Sabahfa

SABAH FA memulakan kempen peringkat kelayakan Liga Juara-Juara Wanita Asia (AWCL) dengan mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dalam aksi berdepan APF FC (Nepal) pada perlawanan Kumpulan C pada Rabu.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan namun gagal menghasilkan gol.

Meskipun keadaan padang mengecewakan akibat hujan lebat namun kedua-dua pasukan tampil cemerlang dengan masing-masing membuat percubaan berbahaya ke arah pintu gawang.

BACA LAGI: Sabah sudah sedia, Intan Serah jadi sandaran fans

BACA LAGI: Tempah tiket ke suku akhir Divisyen 1, Sabah Mountaineers ada permata gilap pasukan

WhatsApp Image 2024-08-29 at 11.18.11

Sebahagian aksi antara tonggak Sabah yang cuba mengawal ketat salah seorang pemain APF FC. — Facebook/Sabahfa

Pintu gawang Sabah FA hampir sahaja dibolosi pada minit ke-74 namun siapa sangka palang penjadi penyelamat buat pasukan yang berpangkalan di Borneo itu.

Menariknya aksi tersebut, bukan sahaja palang menjadi penyelamat namun benteng akhir Sabah FA itu turut memainkan peranan penting dalam menjaga pintu gawang pasukan.

Tumpuan pastinya tertumpu kepada penjaga gol berpengalaman Sabah, Nurul Azurin Mazlan yang menjadi penyelamat pasukan tersebut daripada dibolosi.

Kekebalan dan kecekapan Azurin mematahkan semua percubaan berbahaya APF FC nampaknya menjadi topik utama penyokong Sabah ketika ini.

WhatsApp Image 2024-08-29 at 11.18.11 (2)

Nurul Azurin tampil cemerlang dalam menjaga pintu gawang Sabah FA. — Facebook/Sabahfa

Tampil dengan prestasi yang memberangsangkan itu, ramai penyokong Sang Badak memuji kegigihan dan ketangkasan yang dipersembahkan oleh penjaga gol Malayan Tigress itu.

"Goalkeeper Sabah harus diberi pujian dalam game ini, kalau bukan kerana ketangkasan keeper Sabah ni, kemungkinan Sabah berat untuk seri," kata Muhammad Adam Faiz RM.

"Keeper juga paling mantap, next game radu betul-betul pihak lawan," kata Adlan Kuluput.

"Good game Sabah, keeper betul-betul all out, perform memang padu," kata Michelle H. Rubin.

"Keeper paling padu, memang terbaik jaga pintu gawang Sabah," kata Darrel Dane.

Untuk perlawanan terakhir Kumpulan C, Sabah akan berdepan cabaran PFC Nasaf dari Uzbekistan pada Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram