PENGURUS pasukan Sabah Mountaineers, Suhaimi bin Abdullah @ Voo Hon Man meluahkan kesyukuran apabila pasukannya bergelar juara dalam peringkat Kumpulan C.
Dalam saingan Kumpulan C, Sabah berjaya mengetepikan cabaran dari Penjara Enforces dan Putrajaya Cyborg sekali gus menempah tiket mara ke suku akhir Divisyen 1 dengan selesa.
Mengulas lanjut mengenai prestasi Sabah ketika ini, Suhaimi yang juga merupakan warga pendidik itu turut bersyukur kerana pasukannya dihadirkan dengan seorang pemain import iaitu Khathadet Srichan.
BACA LAGI: STL baru nak 'panas', fans sudah rindu sistem 21 mata
BACA LAGI: Sabah sudah sedia, Intan Serah jadi sandaran fans
Khathadet yang beraksi sebagai tekong regu Sang Badak itu merupakan antara pemain baharu Mountaineers musim ini dan dijangka akan menjadi mimpi ngeri lawan.
Beraksi di posisi tekong, sudah pasti pemain yang diterbangkan dari Thailand itu mahu tampil cemerlang bersama Mountaineers.
"Kita ada barisan jurulatih yang hebat-hebat semua, untuk pemilihan tekong pula, kami ada minta bantuan daripada jurulatih Sabah yang melatih kontinjen Sabah bagi acara sepak takraw di SUKMA untuk cari tekong di Thailand.
"Nasib baiklah dapat juga import tekong dari Thailand, masih muda lagi dan dia memang bermain untuk salah satu pasukan di Thailand," katanya kepada Majoriti.
Sabah mara ke suku akhir Divisyen 1 selepas menewaskan Penjara Enforces. — Facebook/STL
Namun apa yang mengagumkan Suhaimi, walaupun masih baharu bersama Mountaineers namun dia berhasil menyesuaikan diri dalam masa yang singkat.
"Apa yang saya nampak dalam perlawanan kedua, kehadiran Khathadet boleh membuat perlawanan berubah, dia pandai mengawal permainan dan performances dia sangat bagus.
"Khathadet sebenarnya pertama kali bermain untuk STL, belum lagi ada pasukan di Malaysia yang pernah dapatkan khidmat dia. Dia memang seorang yang bersemangat," ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai konsep dan format baharu STL iaitu Grand Prix (GP), pengurus berusia 52 tahun itu bersetuju dengan perubahan yang dilakukan musim ini.
"Saya rasa format Grand Prix ini lebih bagus dari yang musim lepas kerana setiap minggu semua pasukan boleh bergelar juara.
"Saya tak berani tapi kita janji kita akan bagi saingan yang baguslah kepada mana-mana pasukan dalam STL.
"Dengan sistem 15 mata ini, kita tidak boleh buat mistake yang mudah selain game pun agak laju juga," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram