Ruginya Pau Marti tak bawa Fergus Tierney dan 2 bintang muda Selangor-TFC ke Pestabola Merdeka


  • Podium
  • Jumaat, 23 Ogos 2024

Pau Marti kini memikul peranan pengendali sementara Harimau Malaya dengan Pestabola Merdeka merupakan tugasan pertamanya. — Facebook/FAM

KEKECEWAAN skuad Harimau Malaya dalam Pestabola Merdeka tahun lalu seperti mahu ditebus dengan skuad terbaik dipanggil pengendali interim, Pau Marti Vicente memanggil pasukan terbaik.

Kehadiran Safawi Rasid, Arif Aiman Hanapi dan Akhyar Rashid serta kepulangan Syafiq Ahmad dalam senarai 26 pemain dipanggil menjadi petanda itu merupakan langkah awal daripada Harimau Malaya.

Ini membuktikan pasukan negara bersedia untuk menjuarai trofi keramat itu selepas tewas dalam edisi yang lalu kepada Tajikistan di perlawanan akhir.

BACA LAGI: Pau Marti tak cukup ubati kekecewaan ekor HM, kekal boikot Pestabola Merdeka

BACA LAGI: Pau Marti kekal resipi Kim Pan-gon, rahsiakan taktikal Harimau Malaya untuk Pestabola Merdeka 2024

PBM24-07

Senarai 26 pemain bagi saingan Pestabola Merdeka bermula September depan. FAM

Jadi, tidak hairanlah apabila lambakan pemain utama di kelab masing-masing dipanggil bagi menyarung jersi Harimau Malaya dalam Pestabola Merdeka 2024.

Tetapi, sedikit kerugian dialami pengendali dari Sepanyol tersebut apabila dia tidak mahu membawa 'ubi muda' yang semakin meningkat di peringkat domestik musim ini.

Meskipun masing-masing masih mempunyai kekurangan dari segi pengalaman, perbezaan yang mereka boleh bawakan dapat membawa dimensi baharu ke dalam skuad kebangsaan.

Berdasarkan prestasi semasa, terdapat tiga nama yang boleh diberi peluang dalam Pestabola Merdeka untuk menjulang trofi itu buat kali ke-11 dalam sejarah.

1. Ubaidullah Shamsul Fazili

Melihat kepada barisan pertahanan yang dipanggil Pau Marti pada saingan kali ini, tiada kekurangan yang ketara, baik dari segi bek tengah mahupun pertahanan sayap.

Tetapi, sedikit isu timbul adalah kerana Harimau Malaya tidak memiliki pemain muda Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul Fazili yang mula meningkat mendadak.

Selepas meraih Anugerah Pemain Terbaik Piala MFL musim lalu, pemain itu terus menjadi watak utama buat skuad kendalian Tomislav Steinbruckner.

WhatsApp Image 2024-08-23 at 2.50.15 AM (1)

Ubaidullah mempamerkan aksi matang setiap kali diturunkan. Facebook/Terengganu FC

Bagaimanapun, dengan lambakan bek lebih senior, Ubaidullah tidak dapat berada dalam senarai 26 pemain atau senarai bersedia bagi kejohanan singkat itu.

Layangan kad merah yang diterima ketika berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi salah satu faktor yang mungkin menyaksikan pemain itu tidak dipanggil.

2. Aliff Haiqal Lau

Musim ini, skuad kendalian Nidzam Jamil memberi ruang buat pemain muda, baik dalam kesebelasan utama mahupun pada masa-masa tambahan bagi membawa perubahan terhadap pasukan.

Antara yang sering menerima peluang sedemikian ialah Aliff Haiqal Lau yang menjadi watak utama ketika Selangor FC mencuri tiga mata dari Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam Liga Super.

ALif-haiqal-lau-selangor-2024-819x1024

Aliff Haiqal (kanan) menjadi penjaring pertama skuad Gergasi Merah musim ini. Facebook/Selangor FC

Gol tunggal yang dijaringkannya menyaksikan skuad Gergasi Merah memiliki momentum konsisten musim ini sehingga meletakkan mereka di tangga kedua serta pentas akhir Piala FA.

Namun, sumbangan itu masih belum dapat meraih tumpuan Pau Marti yang lebih gemar memberikan kepercayaan buat Arif Aiman, Akhyar serta Safawi di posisi sayap.

Bagaimanapun, sekiranya Aliff Haiqal dapat meneruskan prestasi konsisten, tidak hairan sekiranya dia dapat dipanggil untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

3. Fergus Tierney

Selepas sukar meraih peluang bersama JDT, penyerang muda kebangsaan, Fergus Tierney memilih untuk menyertai Chonburi FC yang baru sahaja tersingkir ke divisyen kedua liga Thailand.

Keputusan itu sedikit mengejutkan kerana kelab-kelab Liga Super sudah tentu berminat mendapatkan khidmatnya selepas beberapa tahun beraksi dalam skuad simpanan Harimau Selatan.

WhatsApp Image 2024-08-23 at 2.50.15 AM

Fergus Tierney sudah membuka akaun jaringan di Thailand. Facebook/Chonburi FC

Tetapi, pemilihan untuk ke negara jiran itu seperti sudah membuahkan hasil selepas Fergus Tierney menjaringkan gol sebagai pemain gantian dalam aksi persahabatan.

Selepas itu, penyerang berusia 21 tahun berkenaan diletakkan pula dalam kesebelasan utama sebanyak dua kali berturut-turut, termasuk ketika dia mencetak jaringan peribadi pertama di Thailand ketika berdepan Dragon Pathumwan Kanchanaburi FC.

Kebolehannya untuk menyesuaikan diri dengan segera masih belum cukup untuk mencuri perhatian Pau Marti yang sudah meletakkan Haqimi Azim Rosli, Syafiq Ahmad serta Romel Morales dalam senarainya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram