Pengalaman Euro antara 4 kelebihan Merino, jadi modal pilihan Arteta berbanding 3 bintang semasa Arsenal


  • Podium
  • Rabu, 28 Ogos 2024

Merino merupakan salah seorang tonggak yang membantu skuad La Roja menjulang Kejohanan Euro 2024. — Agensi

SKUAD The Gunners melengkapkan perpindahan kedua dalam jendela perpindahan musim panas 2024 selepas membawa masuk Mikel Merino dari Real Sociedad pada Selasa.

Dia yang merupakan pemain tengah antarabangsa Sepanyol ditandatangani Arsenal dengan yuran perpindahan £32 juta (RM184.1 juta) yang akan mengikatnya selama empat tahun.

Perpindahan itu menerima pujian daripada penyokong kelab London itu memandangkan mereka memerlukan seseorang yang boleh mengisi kekosongan ditinggalkan Granit Xhaka.

BACA LAGI: [VIDEO] Dua bintang EPL jadi penyelamat 'budak Milo' tersepit bawah papan iklan ketika raikan jaringan

BACA LAGI: Man United hilang 5 pemain menjelang aksi EPL berdepan Brighton

WhatsApp Image 2024-08-28 at 1.33.15 PM

Merino (tengah) ketika sesi menandatangani kontrak bersama Arsenal. Agensi

Selain itu, kebolehan pernah dibuktikan Merino sepanjang tujuh tahun di La Liga menjadikannya sebagai pemain tengah ideal dalam misi Arsenal menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Malah, perkara berkenaan diakui pengurus pasukan berkenaan, Mikel Arteta menyenaraikan empat kelebihan bakal dibawa Merino ke dalam skuad The Gunners.

"Dia adalah seorang pemain yang memiliki kualiti dengan pengalaman dan kebolehan beraksi dalam pelbagai peranan mampu dibawanya. Dia sudah beraksi di tahap tertinggi, baik di peringkat kelab mahupun antarabangsa untuk bermusim-musim.

"Merino akan menjadikan pasukan kami lebih lengkap dengan kebolehan teknikal bersama dengan kekuatan yang mampu dipamerkan baik dari segi fizikal mahupun mentaliti," katanya.

mikel-merino-real-sociedad

Merino semakin dikenali selepas beberapa musim bersama Real Sociedad. Agensi

Tambah pengurus kelahiran Sepanyol itu, pemain berkenaan turut membuktikan dirinya apabila membantu skuad La Roja menjuarai Kejohanan Euro dengan kebolehannya untuk menganalisis gerakan lawan.

Namun, kerisauan masih timbul memandangkan kemasukan Merino akan membawa kebuntuan memandangkan Thomas Partey, Jorginho dan Declan Rice juga beraksi di posisi sama sepertinya.

Bagaimanapun, melihat kepada ketiga-tiga pemain tersebut, Merino sudah tentu akan menjadi pilihan Arteta kerana Jorginho sering melakukan kesilapan besar beberapa musim kebelakangan ini.

Untuk rekod, Merino yang berusia 28 tahun memenangi 326 'duel' untuk Reak Sociedad musim lalu dengan angka itu merupakan yang terbanyak dalam kalangan pemain dalam lima liga teratas sekitar Eropah.

Kelebihan berkenaan sudah tentu dapat mengukuhkan lagi keutuhan barisan pertahanan The Gunners selepas mereka bergelut, lebih-lebih lagi pada penghujung minit permainan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram