SELEPAS hampir menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam dua edisi sebelum ini, Arsenal terus berkobar-kobar untuk merealisasikan mimpi berkenaan musim ini.
Sepanjang jendela perpindahan kali ini, kelab London tersebut sibuk mengukuhkan lagi pasukan selepas membelanjakan £33.6 juta (RM191 juta) untuk mendapatkan Riccardo Calafiori.
Di samping itu, kelab bimbingan Mikel Arteta itu juga mengekalkan khidmat penjaga gol Sepanyol, David Raya yang dipinjamkan sepanjang musim lalu.
BACA LAGI: Liverpool-Arsenal senasib, dua-dua kempunan sambar bintang Euro Sepanyol
BACA LAGI: Awas JDT, bekas pemain Liverpool, Chelsea, Arsenal menanti anda di ACL Elite
Merino merupakan pemain lebih baik berbanding Partey (kiri) mahupun Jorginho. — Agensi
Bagaimanapun, kemasukan dua nama baharu tersebut masih belum mencukupi kerana naib juara EPL 2023/24 itu dikhabarkan bersedia untuk mendapatkan pemain tengah baharu.
Ini dibuktikan dengan khabar angin kencang mengatakan Arsenal berhasrat untuk menyambar pemain antarabangsa Sepanyol, Mikel Merino dari Real Sociedad.
Berdasarkan laporan terkini, pasukan EPL tersebut sudah menghantar tawaran £21.4 juta (RM122 juta), namun ditolak kelab La Liga itu yang enggan melepaskan pemain berkenaan.
Penolakan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat Arsenal yang cukup berminat dengan kebolehan Merino sebagai pemain tengah bagi menggantikan Jorginho atau Thomas Partey.
Verratti pernah diangkat sebagai salah seorang pemain tengah terbaik di dunia. — Agensi
Tetapi, sekiranya mereka gagal mendapatkan tonggak Sepanyol itu, terdapat desas-desus kelab terbabit akan cuba mendapatkan bekas pemain Paris Saint-Germain, Marco Verratti yang kini beraksi untuk Al-Arabi di Qatar.
Meskipun sudah berusia 31 tahun, bekas pemain antarabangsa Itali itu pernah diangkat sebagai antara yang terbaik di posisinya, termasuk dari legenda Barcelona, Xavi.
Kemasukannya boleh membawa perubahan cukup hebat buat The Gunners yang sememangnya memerlukan seorang pemain tengah yang dapat membuat hantaran mengelirukan pihak lawan.
Selain itu, kesungguhan Verratti setiap kali diturunkan wajar diberikan pujian memandangkan dia adalah kunci utama ketika negaranya menjuarai Kejohanan Euro 2024.
Bagaimanapun, keputusan hanya terletak di tangan Arteta sebagai pengurus dengan tempoh enam musim bersama Arsenal pasti cukup baginya mengetahui kelemahan pasukan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram