MOMENTUM cemerlang sudah tentu diharapkan dapat diteruskan Manchester United dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila mereka meraih kemenangan dalam aksi pembukaan berdepan Fulham.
Tiga mata diraih itu sudah tentu diharapkan dapat membantu motivasi anak-anak buah Erik ten Hag yang mahu berada di kedudukan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Jadi, aksi selepas ini berdepan Brighton & Hove Albion sudah tentu menjadi kayu ukur untuk melihat sama The Red Devils sudah cukup bersedia musim ini.
BACA LAGI: Pemilik Manchester United ada sebab tak pecat Ten Hag
BACA LAGI: Dikecewakan arkitek Sepanyol, Liverpool lega Luis Diaz tak jadi pergi Manchester
Leny Yoro merupakan seorang lagi pemain yang terpaksa disisihkan. — Agensi
Bagaimanapun, perkhabaran kurang menarik diterima selepas terdapat laporan lima pemain tidak dapat diturunkan dalam perlawanan di Stadium Amex, England.
Salah seorang daripada mereka ialah bek kiri, Luke Shaw yang difahamkan masih bergelut dengan isu kecederaan dialami sejak beberapa bulan lalu.
Isu tersebut menyaksikan pemain antarabangsa England itu tidak dapat mewakili negaranya dalam Kejohanan Euro 2024 meskipun berada dalam senarai panggilan Gareth Southgate.
Selain itu, pertahanan tengah dari Sweden, Victor Lindelof difahamkan disisihkan akibat kecederaan ibu jari kaki dengan masalah itu menyaksikannya terpaksa berehat selama beberapa bulan.
Mereka yang lain tidak akan dapat diturunkan ialah Leny Yoro, Rasmus Hojlund dan Tyrell Malacia dengan kehilangan mereka bukanlah perkara baharu.
Masing-masing dilaporkan bergelut dengan isu kecederaan dengan Yoro merupakan nama terbaru selepas pemain itu disisihkan sejak aksi persahabatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram