[VIDEO] Sebelum 'raba' Gabriel Jesus, bek Wolves cekik penyerang Jerman tapi terlepas kena kad merah


  • Podium
  • Isnin, 19 Ogos 2024

Mosquera dan Kai Havertz bertembung semasa perlawanan Arsenal menentang Wolves pada Ahad. — Agensi

NAIB juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/2024, Arsenal memulakan kempen mereka dengan cemerlang apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers di Stadium Emirates dekat London, England pada Ahad.

Tiga mata diraih oleh skuad The Gunners menerusi gol pertama yang dicetak oleh penyerang Jerman, Kai Havertz dan jaringan kedua dari Bukayo Saka untuk menyempurnakan persembahan Arsenal.

Perlawanan pembukaan Arsenal itu juga diwarnai dengan beberapa insiden kontroversi dan antara yang menjadi bualan penyokong bola sepak apabila penyerang The Gunners, Gabriel Jesus menjadi mangsa 'cabul' bek Wolves, Yerson Mosquera.

BACA LAGI: Liverpool perlu singkir pemain 'tua' demi sambar hero Euro 2024 Sepanyol

BACA LAGI: Drama temui penamat, United sedia lepaskan Sancho walaupun kena jual murah

Menerusi satu video tular di media sosial, Jesus yang sedang membetulkan butnya dihampiri Mosquera dan lebih pelik apabila bek tengah itu secara tiba-tiba memegang punggung pemain antarabangsa Brazil tersebut.

Marah dengan tindakan pelik pemain pasukan pelawat itu, pemain Arsenal berkenaan terus menolak Mosquera sehingga menyaksikan pertahanan tersebut tertiarap di atas padang.

Selepas diteliti perlawanan tersebut, Mosquera juga rupanya membuat isu kontroversi lain apabila dia dilihat cuba untuk mencekik penyerang tengah The Gunners, Kai Havertz.

Kejadian berkenaan berlaku apabila Mosquera cuba untuk merebut bola Havertz namun kedua-duanya terjatuh dan akhirnya menyaksikan bek Wolves itu bertindak luar kawalan dengan cuba mencekik pemain antarabangsa Jerman tersebut.

Bagaimanapun pengadil perlawanan yang bertugas, Jarred Gillett serta pegawai video bantuan pengadil (VAR), Paul Tierney menganggap ia bukan kekasaran dan Mosquera dibenarkan bermain tanpa dikenakan sebarang hukuman.

Menjengah reaksi peminat khususnya penyokong Arsenal di media sosial, rata-ratanya mengecam sikap Mosquera dan berharap agar pihak pengadil perlu lebih adil dalam membuat keputusan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram