SEORANG budak pengutip bola dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan dengan situasi cemas selepas dia dihempap papan iklan elektronik yang terjatuh ketika penyokong meraikan jaringan.
Insiden tersebut berlaku ketika aksi antara Crystal Palace menentang West Ham di Stadium Selhurst Park, London pada Sabtu.
Ketika kejadian, pemain West Ham sedang meraikan jaringan yang diperolehi ke atas pasukan tuan rumah bersama-sama penyokong.
BACA LAGI: Bekas jurutera petroleum tolak tepi soal untung, buka gim demi bantu orang lain
BACA LAGI: Siap belajar bertanam 2 minggu, petani B40 di Putrajaya bakal tuai hasil cili cecah RM1.2 juta
Omg Soucek & Bowen saved that young lad from what could’ve been a very very serious situation. Huge respect to the pair of them pic.twitter.com/9tTavxUZA6
— BEN (@SMXLFC) August 24, 2024
Bagaimanapun, keghairahan tersebut bertukar cemas selepas beberapa penyokong dilihat merempuh papan iklan sehingga ia terjatuh dan menghempap seorang budak pengutip bola yang sedang duduk di hadapan alat tersebut.
Situasi itu kemudiannya disedari oleh dua bintang West Ham, iaitu Tomas Soucek dan Jarrod Bouwen yang segera menghentikan keraian untuk menyelamatkan budak berkenaan.
Menerusi klip berkenaan, Tomas dilihat menahan papan iklan itu daripada terus terjatuh sementara Jarrod menarik keluar budak lekaki terbabit.
Jarrod (kanan) dan Tomas (dua dari kana) cuba menenangkan budak pengutip bola terbabit yang berdepan detik cemas dihempap papan iklan elektronik pada Sabtu. — Agensi
"Saya hanya berjaya menariknya keluar secepat mungkin, ia hanya naluri untuk melakukannya," kata Jarrod.
Jarrod kemudiannya turut menjaringkan gol lima minit kemudian sebelum memberikan jersinya kepada budak pengutip bola berkenaan selepas tamat perlawanan yang berpihak kepada West Ham dengan kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram