Sering dieksport keluar, sudah tiba masa Selangor panggil semula Sikh Izhan atau guna khidmat rekrut baharu


  • Podium
  • Selasa, 27 Ogos 2024

Terdapat seruan daripada penyokong Selangor mahukan Sikh Izhan dipanggil semula dari Penang. — Penang FC

PENANTIAN untuk Selangor FC menikmati menjulang piala domestik terus tertangguh selepas mereka tewas 1-6 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala FA yang diadakan pada Sabtu.

Dalam pada perit menerima kekalahan teruk, terdapat satu pemain yang menjadi kritik pedas penyokong Selangor iaitu penjaga gol, Sam Somerville.

Penurunan prestasinya menimbulkan persoalan, perlukan Selangor memanggil semula Sikh Izhan Nazrel yang kini bersama Penang FC secara pinjaman?

BACA LAGI: Sekali lagi kena loan Selangor lepas NSFC, Penang memang kelab idaman Sikh Izhan

BACA LAGI: Kembali ke Penang, Sikh Izhan bagi mesej 'simple' tunjuk semangat berkobar

Prestasi semakin menurun

Kalau diikutkan, malam perlawanan akhir Piala FA itu bukanlah kali pertama Somerville berada di bawah prestasinya. Sebaliknya, perlawanan tersebut merupakan kemuncaknya.

Untuk beraksi di bawah par terutamanya di perlawanan akhir, sudah pasti itu satu perkara sukar untuk diterima lebih-lebih lagi anda merupakan penjaga gol.

456651608_1030624849069243_2526474887944353799_n

Prestasi Somerville sudah mula menurun sejak beberapa perlawanan.

Penurunan prestasi Somerville dapat dilihat sejak daripada separuh akhir pertama Piala FA menentang Terengganu FC. Memboloskan tiga gol di tempat lawan memberikan petanda awal kepada penyokong mengenai prestasinya.

Ditambah dengan kegoyahan dalam tugasan liga juga membuat penyokong resah. Dengan jendela perpindahan kini dibuka, mungkin pengurusan Selangor boleh berfikir-fikir untuk mendapatkan Sikh Izhan.

Masa untuk anak muda

Di Selangor, mereka mempunyai dua penjaga gol yang berusia 30-an iaitu Somerville (30 tahun) dan Khairulazhan Khalid (34 tahun).

Sementara Azhan dilihat sudah melepasi era gemilangnya, Somerville pula berdepan krisis prestasi dan itu amat membahayakan pintu gol Selangor.

456719910_1029890279142700_7255919836870483092_n

Azim antara penjaga gol muda yang bersama Selangor.

Dengan situasi tersebut, pengurusan Selangor boleh memberi ruang kepada darah muda untuk mengemudi benteng terakhir Gergasi Merah menerusi Sikh Izhan atau Azim Al-Amin yang beli dari Kuala Lumpur City FC.

Status Sikh Izhan sebagai penjaga gol kebangsaan sepatutnya sudah membolehkan dia mula diberi ruang menjaga gawang Selangor dan jika Gergasi Merah perlu melakukannya, mereka perlu memanggilnya pulang segera.

Tapi, cabaran sukar menanti

Tumpuan penyokong mungkin terarah kepada pengurusan untuk membawa Sikh Izhan pulang kerana penurunan prestasi Somerville.

Tetapi, di sebalik tumpuan, ia hadir dengan tugas berat buat penjaga gol muda itu kembali ke kelab asal kerana perlu berdepan tekanan tinggi beraksi lebih baik daripada senior-seniornya.

454645750_1056092579364729_7224054019445944029_n

Sikh Izhan merupakan penjaga gol ketiga Harimau Malaya.

Pada waktu tersebut, kredibiliti Sikh Izhan akan teruji. Sekiranya, dia mengatasi tekanan tersebut maka satu mesej disampaikan kepada Nidzam Jamil mengatakan anak muda itu sedih menjaga gawang Selangor.

Situasi yang melanda Selangor jelas menguji bagaimana pengurusan hendak mengatasinya. Jika mereka memilih untuk memanggil semula Sikh Izhan, ia pasti akan disambut baik oleh penyokong kerana potensi yang ada padanya.

Jika benar dipanggil pulang, Sikh Izhan perlu gunakan sepenuhnya peluang yang diberikan untuk membuktikan kemampuannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram