Sekali lagi kena loan Selangor lepas NSFC, Penang memang kelab idaman Sikh Izhan


  • Podium
  • Rabu, 06 Mac 2024

Sikh Izhan nyata gembira akhirnya dapat menabur bakti untuk negeri kelahirannya di Pulau Pinang. — Facebook/PenangFC

BAGAI sirih pulang ke gagang. Impian Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman untuk kembali berbakti dengan pasukan negeri kelahiran akhirnya tercapai apabila penjaga gol skuad kebangsaan itu dipinjamkan ke Penang FC bagi musim baharu yang akan bermula pada Mei ini.

Penang FC yang sebelum ini telah berjaya mengikat Muhammad Khairu Azrin Khazali dan Muhammad Nabil Ahmad Latpi terus menguatkan pasukan dengan membawa masuk penjaga gol muda yang berasal dari Seberang Jaya, Perai untuk membantu skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli, lapor Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) .

Pemain berusia 21 tahun yang sebelum ini dipinjamkan kepada pasukan Negeri Sembilan FC pada musim lalu itu, sekali lagi dieksport keluar secara pinjaman oleh Selangor FC pada musim 2024-2025.

Walaupun hanya berstatus sebagai pemain pinjaman, Sikh Izhan ternyata sangat bermotivasi dan optimis untuk memulakan musim baharu bersama Penang FC.

BACA LAGI: Kembali ke Penang, Sikh Izhan bagi mesej 'simple' tunjuk semangat berkobar

isi

Sikh Izhan dipinjamkan selama setahun dari Selangor FC. — Facebook/PenangFC

BACA LAGI: Lambakan bintang paksa 3 bintang dalam pembikinan Gergasi Merah ikut langkah Sikh Izhan

“Sudah semestinya saya akan memberikan yang terbaik memandangkan sudah lama sayang memasang impian saya untuk beraksi dengan Penang FC.

“Ibarat pulang ke kampung, saya pasti akan memberikan yang terbaik kepada pasukan untuk membanggakan penyokong Penang FC,” katanya.

Saham Sikh Izhan semakin meningkat naik selepas dia memberi persembahan cemerlang bersama Negeri Sembilan pada musim 2023 dan sejak itu jugalah, produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berkenaan berhasil memikat Kim Pan-gon.

Sejak dipanggil kali pertama ke kem latihan pusat Harimau Malaya pada Mac lalu, Sikh Izhan terus mendapat kepercayaan Pan-gon dan dia sekali lagi mendapat kepercayaan jurulatih kelahiran Korea Selatan itu menjelang aksi menentang Oman.

“Saya optimis dengan peluang yang diberikan jurulatih kebangsaan, dan bersama-sama Ahmad Syihan Hazmi dan Muhammad Azri Ab Ghani adalah satu peluang untuk saya sentiasa belajar bersama-sama dengan mereka," katanya.

Skuad Harimau Malaya akan mengharungi perlawanan ketiga dan keempat kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Muscat pada 21 Mac dan di Bukit Jalil pada 26 Mac. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram