PEMAIN tengah Selangor FC, Alex Agyarkwa mungkin memberikan petanda yang dia bakal berehat panjang selepas berkongsi imej imbasan sinar-X atau x-ray di laman media sosialnya.
Menerusi siaran di Instagram miliknya, Agyarkwa memberikan bayangan yang kecederaan dialaminya ketika perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Sabtu agak mengerikan.
Agyarkwa berkongsikan imej tersebut tanpa memberikan sebarang kapsyen.
BACA LAGI: Antara dua darjat, Selangor tak mampu kekang JDT hatrik Piala FA, julang trofi diiktiraf
BACA LAGI: Stadium jadi 'kelebihan' Selangor, statistik jelas milik JDT — Ramon Marcote
Agyarkwa berkongsi imej sinar-x berkenaan kecederaannya di Instagram.
Daripada perkongsian yang dikongsikan pemain dari Ghana itu, ia seolah-olah menampakkan yang Agyarkwa mengalami patah pada kakinya akibat dikasari teruk pemain JDT.
Namun begitu, masih belum dapat dipastikan seberapa teruk kecederaan tersebut dan tempoh rehat diperlukan pemain tengah itu sebelum kembali pulih.
Jelas sekali, ia akan memberikan kesan buat Selangor kerana kehilangan seorang pemain tengah berkaliber seperti Aygarkwa.
Namun dengan jendela perpindahan kedua Liga Super sudah dibuka, ia membolehkan Selangor untuk mencari pemain baharu untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Agyarkwa.
Pada perlawanan akhir tersebut, kekasaran yang diterima secara konsisten oleh Agyarkwa memaksa dia dikeluarkan beberapa minit sebelum separuh masa pertama tamat. Dia digantikan dengan penyerang Jordan, Reziq Bani Hani. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram