Lee Zii Jia gagal ulangi prestasi di Paris, pulang awal dari Terbuka Jepun


  • Podium
  • Selasa, 20 Ogos 2024

Lee Zii Jia hampa kalah di pusingan pertama Terbuka Jepun. — BAM

PEMENANG pingat gangsa acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik 2024, Lee Zii Jia terpaksa pulang awal dari Terbuka Jepun.

Berdepan pemain Perancis, Alex Lenier, Zii Jia tewas dalam tempoh 40 minit dengan keputusan straight set 18-21, 13-21 dalam aksi yang diadakan di Yokohama, Jepun.

Zii Jia nyata tidak berjaya menghidupkan semula persembahan baiknya di Paris apabila kecundang pada halangan awal pada kejohanan pertamanya selepas Sukan Olimpik.

BACA LAGI: Terbuka Jepun: Lee Zii Jia dapat laluan mudah lepas Viktor, Kunlavut tarik diri

BACA LAGI: 'Dapat gangsa pun cukup bermakna', Roslin Hashim puji peningkatan prestasi Lee Zii Jia

Selain daripada Zii Jia, seorang lagi pemain perseorangan iaitu Goh Jin Wei turut pulang awal selepas kalah dalam kategori wanita.

Bertemu Wang Zhi Yi dari China, Jin Wei yang turut menghasilkan persembahan baik di Paris kalah straight set dengan keputusan 18-21, 10-21.

Walaupun Zii Jia dan Jin Wei tumpas, tetapi kem badminton negara masih mempunyai wakil di pusingan seterusnya dalam acara beregu lelaki menerusi pasangan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin.

Gandingan tersebut berjaya mara ke pusingan seterusnya apabila menewaskan pasangan Kazuki Shibata-Naoki Yamada dari Jepun menerusi kemenangan straight set 21-13, 21-13.

Kemenangan yang diraih Sze Fei-Izzuddin membolehkan mereka berdepan gandingan keempat kejohanan dari Indonesia iaitu Fajar Alfian-Rian Ardianto di pusingan kedua.

Selain Sze Fei-Izzuddin yang mara, gandingan Choong Hon Jian-Haikal Nazri turut layak selepas menumbangkan Bjarne Geiss-Jan Colin Voelker dari Jerman dalam penentuan tiga set.

Mereka tumpas pada set pertama 11-21 sebelum kembali bangkit dengan mencatatkan di set kedua dan ketiga 21-11, 21-16.

Hon Jian-Haikal akan bertemu pasangan Chinese Taipei iaitu Liu Kuang-heng-Yang Po-han di pusingan kedua. — The Star/RAJES PAUL

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram