Beban atau peluang? Penangguhan Piala Asean boleh buat JDT, Selangor ada alasan kukuh tak lepas pemain


  • Podium
  • Rabu, 21 Ogos 2024

Malaysia dan negara Asia Tenggara lain berdepan kesukaran akibat pertukaran tarikh Piala Asean. — AFF

KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Asean (AFF) menangguhkan saingan Piala Asean 16 hari daripada tarikh asal dilihat mempunyai alasan munasabah.

AFF bertindak demikian kerana mahu mengelak daripada pertindihan jadual perlawanan Piala Asean dengan aksi-aksi pertandingan kelab anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang disertai wakil dari Asia Tenggara.

Mengikut rekod, tarikh asal Piala Asean edisi 2024 adalah pada 23 November hingga 21 Disember. Ia kemudiannya ditukar menjadi 9 Disember 2024 hingga 5 Januari 2025.

Tindakan itu menyelesaikan satu masalah, tetapi ia kelihatan mengundang dua isu yang lain.

BACA LAGI: Sesungguhnya ‘pemain bukan mesin’ itu benar, AFF tangguh tarikh sepak mula Piala Asean

BACA LAGI: Sasaran Piala Asean: Bergantung JDT dan Selangor — Hamidin Mohd Amin

Bantu kelab hadapi jadual padat

Keputusan AFF menangguhkan Piala Asean itu dilihat wajar kerana dapat membantu kelab-kelab Asia Tenggara bertanding di pertandingan AFC.

Majoriti wakil Asia Tenggara beraksi di Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dan mereka bakal berdepan masalah ketiadaan pemain jika Piala Asean diteruskan pada tarikh asal.

mahmud

Selangor merupakan wakil Malaysia di ACL2. — Selangor FC

Sebagai contoh, Selangor FC akan hilang beberapa pemain utama akibat Piala Asean pada tiga aksi terakhir peringkat kumpulan jika AFF kekal dengan tarikh kejohanan yang lama.

Dengan perubahan tarikh, ia tidak menimbulkan isu kelab lawan negara (club vs country) dengan pemain boleh mewakili skuad kebangsaan masing-masing tanpa perlu risau membelakangkan tugasan Asia.

Luar kalendar FIFA

Seperti yang dikatakan pada awal artikel, keputusan AFF itu menyelesaikan satu masalah tetapi menghadirkan dua isu. Salah satunya adalah kelab tidak mahu melepaskan pemain untuk tugasan Piala Asean.

Hal ini kerana, dengan penangguhan tersebut, Piala Asean akan diadakan di luar kalendar FIFA dan kelab akan tidak wajib untuk melepaskan pemain di luar tempoh tersebut.

affcup-1653289635

Piala Asean sering diadakan di luar kalendar FIFA sejak dipertandingkan pada 1996. — Agensi

Sebelum ini, kelab seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) antara yang tegas tidak melepaskan pemain utama mereka apabila panggil Piala Asean kerana di luar kalendar FIFA.

Dengan penyertaan JDT dan Selangor di Asia serta Terengganu FC bersama Kuala Lumpur City FC dalam Piala Shopee (peringkat Asia Tenggara), pengendali sementara skuad kebangsaan iaitu Pau Marti mungkin mengalami sakit kepala untuk mendapatkan pemain.

Rombakan jadual Liga Super

Dengan perubahan tarikh Piala Asean, saingan domestik baik di Malaysia serta negara-negara lain pastinya terganggu dengan keputusan dilakukan AFF.

Sudah pasti, perubahan tarikh itu memerlukan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk mengubah jadual Liga Super supaya ia dapat membantu skuad kebangsaan melakukan persiapan Piala Asean.

455346944_538757905172058_6519893168047645677_n

MFL perlu bijak memastikan jadual Liga Super tidak terkesan dengan perubahan tarikh Piala Asean. — Kedah Darul Aman FC

Semestinya, situasi tersebut cukup mencabar MFL untuk merancang semula jadual Liga Super kerana kesannya akan merebak bukan saja kepada kelab tetapi penyokong juga.

Oleh itu, mereka harus berhati-hati dan memastikan tiada pertikaian terutamanya dari pihak penyokong apabila perubahan jadual dibuat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram