SEBUT sahaja Sukan Olimpik, acara seperti badminton, renang dan berbasikal trek antara yang sering mencuri tumpuan penyokong tanah air.
Meskipun gagal menyumbang pingat emas namun acara berkenaan sentiasa menjadi pilihan utama penyokong tempatan.
Ia kerana kontinjen negara diwakili oleh legenda yang pastinya cukup dikenali dalam arena sukan tanah air.
BACA LAGI: [VIDEO] Final Piala FA: PSM optimis SNBJ sudah bersedia, ekor HM tanya macam mana padang jika hujan
BACA LAGI: Tonggak Sang Penyu ucap selamat tinggal, rugi kalau Kedah, Penang dan Kelantan tak sambar
Antara legenda yang pernah mewarnai kontinjen negara ke temasya Olimpik ialah Datuk Lee Chong Wei, Datuk Pandelela Rinong dan Datuk Azizulhasni Awang.
Namun, masihkah anda ingat sosok tubuh yang pernah bergelar ratu skuasy negara?
Kehadiran ratu skuasy sebagai jawatankuasa RTG pastinya memberi suntikan semangat kepada atlet negara. — Instagram/nicoldsquash
Individu yang mula berjinak dan meminati permainan skuasy sejak umur lima tahun.
Ya, beliau ialah Datuk Nicol Ann David yang merupakan tokoh paling disegani dalam sukan berkenaan.
Kejuaraan demi kejuaraan dirangkul saban tahun sehingga mendapat gelaran pemain profesional dunia.
Paling membanggakan Nicol pernah berada di kedudukan pemain nombor satu dunia sembilan tahun berturut-turut bermula 2006 hingga 2015.
Lebih manis lagi, ratu skuasy negara itu pernah dinobatkan sebagai Atlet Terunggul Sepanjang Zaman oleh The World Games dengan sebanyak 318,943 undian.
Selain kejayaannya memenangi 8 kali kejuaraan dunia, Nicol juga pernah merangkul piala Terbuka Britain, dua pingat emas Sukan Komanwel, lima emas Sukan Asia dan tiga emas di Sukan Dunia.
Nicol memenangi gelaran skuasy remaja dunia pertama di Antwerp, Belgium pada usia 15 tahun. — Instagram/nicoldsquash
Menelusuri perjalanan Nicol sebagai atlet negara, dia buat pertama kalinya tampil dalam arena skuasy pada usia 16 tahun sekali gus memenangi Kejohanan Skuasy Remaja Dunia Wanita pada 1999.
Kejayaan diraih bekas ratu skuasy negara yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia perlu dijadikan inspirasi dan motivasi atlet-atlet negara.
Meskipun sudah bersara dalam sukan berkenaan namun khidmat Nicol nyata amat diperlukan bagi membantu meningkatkan semangat atlet-atlet muda.
Bagi temasya Olimpik 2024 di Paris, Nicol terlibat secara dekat apabila membantu atlet yang beraksi di negara Eropah berkenaan.
Dengan kejayaan yang diraih Nicol sepanjang bergelar ratu skuasy, sudah pasti pengalamannya mampu membantu atlet muda negara. — Instagram/nicoldsquash
Dia yang merupakan salah seorang jawatankuasa Road To Gold (RTG) bagi membantu negara mencapai matlamat memenangi pingat emas Olimpik yang pertama buat Malaysia.
Mereka dipilih berdasarkan kepakaran serta pengalaman yang tidak ternilai dan menjadi jambatan kukuh di antara Jawatankuasa dengan atlet Road to Gold yang dipilih.
Kehadiran Nicol dalam program RTG berkenaan pastinya mampu menyuntik semangat tambahan kepada atlet-atlet yang berpotensi memenangi pingat emas di Sukan Olimpik pada dua kitaran akan datang.
Selain itu, dalam Olimpik 2028, pengenalan sukan skuasy di temasya berkenaan pasti akan menyaksikan penglibatan lebih kerap daripada Nicol untuk menamatkan penantian pingat emas negara.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram