Norza Zakaria letak jawatan Presiden BAM


  • Podium
  • Sabtu, 24 Ogos 2024

Norza membuat pengumuman tersebut dalam satu majlis di ABM Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu.

TAN Sri Norza Zakaria secara rasmi meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan menyerahkan tanggunjawab kepada timbalan presiden Datuk V. Subramaniam berkuatkuasa pada Sabtu.

Norza, yang pada akhir tahun lalu menyatakan hasrat untuk berundur selepas Sukan Olimpik Paris mengotakan janjinya dan mengesahkan bahawa Subramaniam akan menjadi pemangku presiden

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat bersama ahli majlis BAM.

BACA LAGI: Bekas jurutera petroleum tolak tepi soal untung, buka gim demi bantu orang lain

BACA LAGI: Siap belajar bertanam 2 minggu, petani B40 di Putrajaya bakal tuai hasil cili cecah RM1.2 juta

Subramaniam akan memegang jawatan pemangku sehingga mesyuarat agung tahunan (AGM) seterusnya dan pemilihan yang mungkin diadakan pada Mei 2025.

“Apabila saya memegang jawatan kepimpinan pada 2017, saya mengutamakan pengukuhan kewangan dan tadbir urus BAM.

"BAM menjadi antara persatuan sukan kebangsaan pertama menawarkan faedah KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) kepada atlet, enam tahun lebih awal daripada standard.

“Ini akan menjadi sidang akhbar terakhir saya sebagai presiden BAM dan saya akan menyerahkannya kepada Subramaniam. Pasukannya akan meneruskan usaha tanpa sebarang gangguan daripada saya,” katanya.

6217701327400713316

Subramaniam (kanan) akan mengisi kekosongan ditinggalkan Norza selaku pemangku sehingga pemilihan seterusnya yang dijangka berlangsung pada tahun depan.

Sementara itu, BAM juga memutuskan untuk memberi insentif tambahan kepada pasangan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik kerana memenangi gangsa.

Mereka menerima RM125,000 setiap seorang atas pencapaian mereka di Sukan Olimpik Paris.

Sebelum ini, Aaron-Wooi Yik menerima RM120,000 untuk dikongsi secara bersama oleh mereka selepas memenangi pingat gangsa pertama di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dalam pada itu, BAM turut memberi kebenaran kepada pasangan beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk meninggalkan BAM untuk menjadi pemain bebas.

Pasangan beregu terbabit akan memulakan kerjaya sebagai pemain bebas bermula 1 September depan.— The Star/K M BOOPATHY

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram