[VIDEO] Final Piala FA: PSM optimis SNBJ sudah bersedia, ekor HM tanya macam mana padang jika hujan


  • Podium
  • Jumaat, 23 Ogos 2024

Final Piala FA 2024 akan menyaksikan pertembungan menarik antara Johor Darul Ta'zim dan Selangor FC dalam aksi yang berlangsung di gelanggang keramat Harimau Malaya pada Sabtu.

'STADIUM Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sudah bersedia'.

Begitulah ungkapan tegas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil, menjelang perlawanan akhir Piala FA 2024/2025 antara juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC, lapor Stadium Astro.

Iliyas memberi jaminan final yang bakal memasuki edisi ke-34 tahun itu akan berjalan lancar memenuhi jangkaan.

BACA LAGI: Adik keeper pinjaman Perak ikut jejak langkah, mahu bukti bakat di pentas SUKMA

BACA LAGI: [VIDEO] Tomi dedah punca Sang Penyu tunduk kepada Svay Rieng

Jelasnya, permukaan padang SNBJ yang menggunakan rumput jenis zeon zoysia berada di tahap optimum, namun masih memerlukan kerja penambah baikan terutama di bahagian sudut padang sebelum sepak mula pukul 9 malam, Sabtu ini.

"Kami sudah bersedia. Kami yakin rumput tidak akan tertanggal, berterbangan dan sebagainya, itu daripada segi prestasi.

"Yang kedua adalah daripada segi rupa. Kami akur ada sedikit masalah. Bahagian tengah padang sudah baik tapi bermasalah di bahagian penjuru sebab reka bentuk bumbung stadium ini kurang sedikit menerima pancaran matahari.

"Kami akan buat penambahbaikan sebelum perlawanan, Insya-ALLAH visual akan berada di tahap memuaskan.

"Kami telah buat kerja perparitan, setakat ini air tidak pernah bertakung. Kami yakin daripada segi hujan, Insya-ALLAH padang akan berada dalam keadaan baik," katanya kepada pemerhati sukan tanah air, Fadhirul Suhaimi.

Dalam perkembangan sama, dia menggesa penyokong kedua-dua pasukan supaya mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

"Saya pelawa semua penyokong semua datang, saksikan bertanding di atas padang yang kami telah sediakan serta berharap semua orang akan datang dan balik dengan balik," ujarnya.

Walau bagaimanapun, ada juga penyokong yang menyuarakan kebimbangan mereka sekiranya cuaca tidak berada dalam keadaan baik ketika aksi final.

"Sekarang musim hujan, macam mana PSM nak handle masalah tu?," kata Fahmi Izzudin.

"Kalau hujan ni, game kena tangguh ke atau macam mana?," kata Yazid Mohd.

"Yakin ke rumput padang tak tertanggal jika perlawanan hujan lebat?" soal Penyokong Lalang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram