JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang sebelum ini mempertimbangkan keputusan untuk bersara daripada sukan kegemarannya atau mahu meneruskan kariernya sebagai pelumba dan beraksi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
Menurut Azizulhasni yang juga mendapat panggilan sebagai The Pocket Rocketmen itu mahu duduk bersama keluarga dan berbincang sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.
Selain keluarga, jurulatihnya iaitu John Beasley dan rakan sepasukan ada memujuknya untuk terus beraksi pada Sukan Olimpik akan datang namun beliau belum lagi membuat sebarang keputusan.
BACA LAGI: [VIDEO] Bukan sahaja mendebarkan, 3 momen 'aneh' menimpa atlet Olimpik Paris 2024
BACA LAGI: Azizul hilang kelayakan akibat kesalahan teknikal, Shah Firdaus kini harapan emas Malaysia
Melihat keadaan Azizulhasni yang masih belum memutuskan untuk meninggalkan dunia basikalnya itu, Beasley selaku jurulatih juga bersedia untuk terus melatih awal seandainya Olimpian lima kali negara itu memilih untuk tidak bersara.
Memetik laporan dari Stadium Astro, Beasley berkata, ia mungkin bukan satu pengakhiran buat karier Azizulhasni seandainya dia memilih untuk mencuba sekali lagi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
"Saya bermula dengannya pada awal mula kariernya dan saya menamatkannya pada ketika kita fikir ia merupakan penamat kariernya. Tetapi ia mungkin bukan penamatnya. Jika dia memilih untuk keluar daripada persaraan, saya akan sentiasa berada di sampingnya.
"Peranan saya adalah untuk menyokong semua yang berada dalam program kami. Dia seperti anak saya dan sudah pasti saya akan melakukan segalanya untuk membantunya," katanya memetik laporan Stadium Astro.
"Jika dia (Datuk Azizulhasni) tidak mahu bersara, saya akan tetap berada di sisi dia sebagai jurulatih" - John Beasley
Berita selanjutnya di Nadi Arena@ASTROARENA pic.twitter.com/RF6641GLqw
— Kamal Nizam (@kamalnizamm) August 15, 2024
Terdahulu, Azizulhasni mengalami kekecewaan besar apabila dikeluarkan daripada perlumbaan heat 1 selepas melakukan kesalahan teknikal apabila beliau melepasi pacer lebih awal.
Azizulhasni berada di heat 1 bersama dua finalis edisi lalu, Matthew Glaetzer dan Jair Tjon En Fa selain Ota Kaiya, Rayan Helal serta Jeffrey Hoogland.
Sepanjang lima penampilan di temasya Olimpik, Azizulhasni atau mesra dengan sapaan Jijoe itu telah menyumbang satu pingat perak dan pingat gangsa buat kontinjen negara dalam acara keirin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram