Aniq Kasdan lupakan kekecewaan Olimpik Paris, tak buang masa berlatih demi Komanwel Fiji


  • Podium
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Aniq akan menyertai Kejohanan Komanwel yang diadakan di Fiji. — MOM

SELEPAS mencuri tumpuan di Sukan Olimpik 2024 dengan persembahan baik, tiada masa rehat buat atlet angkat berat negara iaitu Aniq Kasdan.

Terlepas meraih pingat gangsa dengan perbezaan satu kilogram, Aniq dilihat mahu menebus kekecewaan itu di pertandingan seterusnya iaitu Kejohanan Komanwel yang diadakan di Fiji.

Kejohanan tersebut akan diadakan 17 hingga 24 September.

BACA LAGI: [VIDEO] Gagal 'angkat' pingat emas, Hannah Yeoh anggap Aniq ikon sukan terbaharu negara

BACA LAGI: [VIDEO] 'Lebih sudu daripada kuah', bekas coach bongkar punca Aniq Kasdan terlepas pingat

454562227_906103121554856_5691980179348912618_n

Aniq begitu hampir untuk mendapatkan pingat gangsa di Sukan Olimpik 2024. — MOM

Di kejohanan tersebut, Aniq akan bertanding dalam kategori 61 kilogram, sama seperti yang disertainya ketika temasya yang diadakan di Paris, Perancis itu.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 bagi kategori 55 kilogram itu dilihat sebagai calon pilihan untuk menjadi juara di Fiji walaupun dalam kelas berat berbeza.

Namun begitu, Aniq memilih untuk tidak mendabik dada dan berusaha keras untuk memastikan gelaran juara dibawa pulang.

"Kejohanan Komanwel merupakan pertandingan pertama saya selepas Sukan Olimpik. Saya akan lakukan yang terbaik di sana.

"Semestinya, peluang untuk meraih pingat itu ada tapi Sukan Olimpik telah mengajar saya banyak perkara dan tugasan pertama selepas kembali adalah berlatih dan baiki kelemahan sendiri.

"Di atas kertas, jumlah angkatan berat saya adalah yang tertinggi tapi saya tak mahu pandang rendah terhadap sesiapa," kata Aniq.

Di Paris, Aniq mencatatkan angkatan seberat 297 kilogram, hanya satu kilogram kurang daripada atlet Amerika Syarikat iaitu Hampton Morris yang memperoleh gangsa.

Di Fiji, Aniq dijangka akan dicabar hebat oleh badang Papua New Guinea iaitu Morae Baru yang menamatkan saingan di Paris di tempat kelima dengan jumlah berat sebanyak 279 kilogram.

Selain Aniq, seorang lagi wakil negara iaitu Amin Shukry, 20 turut melakukan penampilan pertama dalam kategori sama di Fiji.

Wakil-wakil negara yang lain seperti pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 dalam kategori 61 kilogram, Aznil Bidin akan bertarung dalam kategori 67 kilogram di Fiji. Manakala, Erry Hidayat yang mendapat perak dalam kategori 73 kilogram juga akan beraksi.

Rahimi Sulaiman pula akan bertanding dalam kategori 55 kilogram. Malaysia turut menghantar dua wakil wanita iaitu Nurul Syasya Samsur untuk kategori 59 kilogram dan Nur Syazwani Radzi bagi kategori 64 kilogram. Kedua-dua wakil wanita tersebut berusia 15 tahun. — The Star/K. M. BOOPATHY

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram