HARAPAN untuk menyaksikan pertembungan semula antara Lee Zii Jia dan Kunlavut Vitidsarn tidak akan direalisasikan di Terbuka Jepun yang akan berlangsung bermula Selasa di Yokohama.
Juara dunia yang juga merupakan pemenang pingat perak Olimpik 2024 serta jaguh badminton antarabangsa, Viktor Axelsen dari Denmark menarik diri daripada pertandingan itu, sekali gus menyaksikan jadual dirombak bagi peserta lain.
Kunlavut sebelum ini menewaskan Zii Jia di separuh akhir Olimpik Paris dan sepatutnya bertemu sekali lagi di suku akhir Terbuka Jepun sekiranya tiada halangan.
BACA LAGI: 'Saya bukan hanya Menteri Sukan', Hannah Yeoh pertahan tindakan bergambar bersama Kunlavut
BACA LAGI: Bangkit lepas 'ditampar' Kunlavut, Zii Jia anggap gangsa Olimpik bukti usaha keras
Axelsen (kiri) dan Kunlavut masing-masing menarik diri dari Terbuka Jepun. — Agensi
Kini, Zii Jia yang sebelum ini menundukkan Lakshya Sen dari India dalam penentuan pingat gangsa di Paris dua minggu lalu tidak gusar dengan saingan di pusingan pertama dan kedua kerana lawannya, Weng Hongyang dari China serta Loh Kean Yeaw dari Singapura sudah dirombak.
Jadi, selepas perubahan dibuat, pemain berusia 26 tahun itu akan berdepan Alex Lanier dari Perancis pada Selasa dan Auro Chico yang merupakan wakil Indonesia sekiranya melepasi halangan pertama.
Melihat kepada undian tersebut, Zii Jia dijangka mampu melepasi cabaran ke pusingan suku akhir dengan dia berkemungkinan akan bertemu Hongyang atau Kenta Nishimoto dari Jepun.
Cabaran terbesar yang mungkin dihadapinya adalah jaguh dari China, Shi Yuqi yang berada di 'seed' teratas sekiranya masing-masing layak ke separuh akhir.
Namun, laluan Yuqi ke peringkat itu bukanlah mudah kerana dia perlu berdepan peserta tuan rumah, Koki Watanabe atau Anthony Ginting dari Indonesia. — The Star/RAJES PAUL
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram