Norza tak guna duit kerajaan, 'kacau' kuota atlet bawa keluarga ke Sukan Olimpik — MOM


  • Podium
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Norza (baris atas, dua dari kanan) bersama kelurganya di Sukan Olimpik 2024. — Agensi

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) tampil membuat penjelasan mengenai isu yang tular berkaitan tindakan presidennya, Tan Sri Norza Zakaria yang membawa keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Isu timbul selepas Norza dikatakan membawa keluarganya ke temasya itu dengan mereka memperoleh kad akreditasi sementara beberapa atlet hadir 'tempang' ke Paris tanpa pasukan sokongan mereka.

Ia menjadi pertikaian dalam kalangan peminat sukan negara terutamanya penyokong badminton selepas pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dinafikan membawa pakar fisio serta rakan sparring manakala jurulatih pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei tidak dapat bersamanya di Paris.

BACA LAGI: Zii Jia-Antonsen sering berlatih bersama, siapa buat silap akan tewas — legenda badminton negara

BACA LAGI: Bulu tangkis asyik meleret di jaring, Pearly Tan-M. Thinaah hanya kalah nasib

KUALA LUMPUR, Sept 26 -- The Olympic Council of Malaysia (OCM) President Tan Sri Mohamad Norza Zakaria during a press conference after the OCM Council Meeting with representatives from the National Sport Associations, Youth and Sport Institutions at OCM today.--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Tan Sri Norza Zakaria. — Agensi

Memetik laporan Free Malaysia Today, Norza mengatakan yang dia mempunyai kuota khas sebagai Presiden MOM untuk membawa tetamu ke temasya tersebut tanpa menganggu bahagian yang dibenarkan untuk atlet dan pegawai.

Menurut Norza, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengatakan setiap presiden dan setiausaha agung bagi setiap majlis Olimpik negara bertanding dibenarkan membawa tetamu atas kapasiti mereka.

Malah, Norza yang juga merupakan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengatakan perbelanjaan tetamunya di sana tidak melibatkan dana kerajaan.

"Saya ada kuota khas, dan itu tidak mengganggu dengan kuota diberikan kepada atlet.

"Kad akreditasi untuk tetamu itu tertakluk kepada pelbagai batasan terutamanya mengenai akses di gelanggang serta perkampungan atlet.

"Paling penting, ia tidak menggunakan dana kerajaan," ujar Norza. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram