JOHOR Darul Ta'zim (JDT) lihat mengambil pendekatan pelik menjelang perlawanan akhir Piala FA 2024 apabila pengendalinya, Hector Bidoglio dan kapten, Jordi Amat tidak menghadiri sesi sidang media pada Jumaat.
Mereka diwakili pemain pertahanan, Junior Estdal dan pembantu jurulatih, Richetti Pablo Javier dengan masing-masing enggan memberi sebarang kenyataan mengenai aksi tersebut.
Malah, ketika ditanya para wartawan dalam sesi kira-kira lima minit itu, masing-masing hanya mengatakan mereka 'tiada komen' terhadap persiapan pasukan.
BACA LAGI: 'Jual tak untung, simpan tak rugi', fans labelkan Sumareh barang 'vintage' JDT
BACA LAGI: [VIDEO] Hatrik Arif Aiman, kontroversi 'ref botak' sukar dilupakan aksi JDT-Selangor
Bidoglio (kiri) dan Jordi Amat tidak hadir ke sesi sidang media tersebut. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Ini sekali gus menimbulkan persepsi bahawa JDT mula menghantar serangan psikologi terhadap Selangor FC yang bakal dihadapi mereka dalam pertembungan itu.
Skuad Harimau Selatan sudah tentu mahu menjulang Piala FA 2024 untuk menjadi pasukan pertama mencatat kejayaan hatrik dalam pertandingan yang diperkenalkan sejak 1990.
Mereka menjuarai pertandingan berkenaan musim lalu selepas menundukkan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Sultan Ibrahim, Johor dengan keputusan 2-0.
Bagi Selangor pula, harapan besar diletakkan penyokong memandangkan kali terakhir mereka menjuarai Piala FA adalah pada 2009 selepas menundukkan Kelantan FA.
Namun, meskipun sudah lama tidak merasai kejayaan itu, skuad Gergasi Merah masih memegang rekod dengan kejuaraan terbanyak iaitu sebanyak lima kali. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram