MANCHESTER United membuka saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024/2025 dengan kutipan tiga mata selepas menewaskan Fulham 1-0 di Old Trafford dekat Manchester, England pada Sabtu.
Kemenangan berharga berkenaan diraih menerusi jaringan lewat permainan pemain baharu The Red Devils, Joshua Zirkzee yang meledak gol kemenangan tiga minit sebelum perlawanan tamat.
Kejayaan skuad kendalian Eric Ten Hag meraih kemenangan dalam aksi pembukaan EPL musim ini bukan hanya dirasai kira-kira 75,000 penyokong yang berkumpul di Old Trafford, malah jutaan peminat dari seluruh dunia.
BACA LAGI: Drama temui penamat, United sedia lepaskan Sancho walaupun kena jual murah
BACA LAGI: Liverpool perlu singkir pemain 'tua' demi sambar hero Euro 2024 Sepanyol
Dalam kalangan jutaan penyokong Man United dari seluruh dunia yang menyaksikan perlawanan berkenaan, sebuah bar di Los Angeles, Amerika Syarikat paling mencuri tumpuan.
Menerusi video tular di media sosial, bar di City of Angels itu memberi pengalaman berbeza buat penyokong The Red Devils apabila mereka menggunakan skrin besar seolah-olah jenis IMAX untuk mencapai kepuasan pelanggan mereka.
Skrin besar yang digunakan itu membuatkan penyokong seolah-olah sedang berada di stadium namun pada masa sama peminat boleh menikmati suasana lebih selesa dengan boleh memesan makanan dan minuman.
Just freaking amazing. #COSM pic.twitter.com/kmLyWXchfl
— Colin Cowherd (@colincowherd) August 16, 2024
Memetik laporan media luar negara, tempat tersebut rupanya milik syarikat teknologi, COSM dengan mereka menawarkan layanan seperti sedang berada di bar sambil menampilkan skrin LED luar biasa 9,600 kaki persegi yang dikenali sebagai 'The Dome'.
Difahamkan, 'The Dome' hanya tersedia di Los Angeles dan Dallas. Tiket sudah dijual untuk perlawanan Liga Perdana seterusnya termasuk perlawanan berprofil tinggi seperti Chelsea menentang Manchester City.
Menjengah respons warganet khususnya peminat bola sepak dunia, ramai penyokong berminat untuk merasai sendiri pengalaman berkenaan susulan ramai tidak berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke stadium sebenar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram