Rancangan Abdul Abdeen pulang ke Penang tak tercapai, pilih 'u-turn' ke negara kerdil Eropah


  • Podium
  • Rabu, 21 Ogos 2024

Abdul Abdeen (kiri) hanya menjaringkan dua gol sepanjang separuh musim yang diluangkannya bersama skuad Harimau Kumbang.

JENTERA serangan Penang FC cukup merisaukan musim ini selepas kelab Utara tanah air itu hanya menjaringkan sembilan gol dalam lapan aksi Liga Super setakat ini.

Meskipun mereka berada di kedudukan ketujuh dengan 10 mata yang terkumpul, ia masih belum cukup sekiranya mereka memasang cita-cita untuk berada di kelompok enam pasukan teratas.

Kebergantungan terhadap Rodrigo Dias tidak membuahkan hasil terbaik dengan penyokong juga sering tidak berpuas hati dengan kekerapan pemain berkenaan mensia-siakan peluang di hadapan pintu gol.

BACA LAGI: Pasang cita-cita pulang ke Penang, ramai pangkah kepulangan striker 'ceroi'

BACA LAGI: Bukan ke Penang FC, Abu Kamara dikhabar ke Pantai Timur

444216179_18297760669089332_7757998027245713996_n

Wenzel-Halls dikatakan sudah semakin hampir untuk menyertai skuad Harimau Kumbang.

Isu itu turut diakui pengendali skuad Harimau Kumbang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang terbuka dengan kehadiran seorang penyerang baharu pada jendela perpindahan akan datang.

Antara nama yang kini disebut-sebut sudah dirisik Penang FC adalah peledak dari Australia, Dylan Wenzel-Halls yang beraksi buat kelab di negara kelahirannya, Central Coast Mariners.

Selain itu, mereka dikatakan bersedia untuk menerima kepulangan bekas tonggak serangan, Abdul Abdeen Temitope berdasarkan hantaran pemain berkenaan di laman media sosial peribadinya.

Satu hantaran di Instastory penyerang itu sebelum ini menimbulkan perbualan hangat dengan dia memuat naik gambarnya ketika beraksi untuk skuad Harimau Kumbang berserta kapsyen loading.

Perkongsian berkenaan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong memandangkan pemain tersebut tidak membawa hasil seperti mana diharapkan selama setengah musim dia beraksi pada 2023.

WhatsApp Image 2024-08-21 at 2.11.49 PM

Tangkap layar daripada hantaran FC Ferizaj mengenai kemasukan Abdul Abdeen.

Bagaimanapun, perkhabaran itu pantas terpadam selepas sebuah kelab di liga Kosovo, FC Ferizaj mengumumkan kehadiran Abdul Abdeen sebagai penyerang baharu mereka pada Isnin.

"Abdul sebelum ini merupakan sebahagian daripada skuad Dalvik yang beraksi di Iceland dan pada edisi 2022/23 pula, dia bermain untuk Skanderbeg dengan sembilan gol dalam 12 penampilan dicatatkannya.

"Dengan perpindahan Abdul Abdeen, kami sudah berjaya menambah baik kualiti serangan pasukan," tulis kelab tersebut.

Penyerang kelahiran Republik Ireland itu hanya merekodkan dua gol dalam 10 penampilan buat skuad Harimau Kumbang dengan kesemua terhasil dalam saingan Liga Super.

Dia dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua Liga Super 2023 untuk menggantikan Giovanne Gomes, namun sumbangannya kurang membawa impak buat Penang FC.

Jadi, dengan Abdul Abdeen sah menyertai FC Ferizaj, skuad bimbingan Akmal Rizal pasti mahu mencari pengganti terbaik dengan Wenzel-Halls pasti menjadi sasaran utama mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram