Fans Kedah, Penang dan Terengganu ada sebab berasa kecewa dengan keputusan Abu Kamara


  • Podium
  • Selasa, 20 Ogos 2024

Kamara yang menjadi ayam tambatan untuk Kuching City bagi dua musim lalu dijangka bakal menyertai Kelantan Darul Naim menjelang jendela perpindahan kedua nanti. — Facebook/KuchingCity

KEM Kelantan Darul Naim FC menarik nafas lega selepas penyerang kelahiran Liberia, Abu Kamara berpotensi kembali mewarnai Liga Malaysia (Liga M) bersama pasukan tersebut.

Bekas penyerang Kuching City FC itu dikhabarkan bakal menyertai pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu menjelang jendela perpindahan kedua nanti.

Khabar gembira itu pastinya mampu mengukir senyuman penyokong Sang Kijang Emas yang ketika ini dilihat berdepan dengan isu penyudah tumpul.

BACA LAGI: Bukan ke Penang FC, Abu Kamara dikhabar ke Pantai Timur

BACA LAGI: Masih belum sah, fans JDT, Selangor dan Penang tak sabar 3 rumors perpindahan jadi kenyataan

Kamara..

Abu Kamara berjaya memacu kebangkitan Kuching City FC dalam saingan Liga Perdana musim lalu. — Facebook/Kuching City FC

Jika melihat kepada rekod perlawanan liga, skuad kendalian Park Jae Hong hanya menjaringkan empat gol dalam lapan perlawanan.

Penyerang berusia 27 tahun itu memiliki rekod baik dalam Liga M bersama Kuching City dengan menyaksikan Kamara menyumbat 13 gol dalam 25 untuk The Cats bagi musim 2023.

Bagaimanapun, khabar angin tersebut pastinya membuatkan beberapa kelab Liga M berputih mata apabila gagal mendapatkan khidmat bekas pemenang Anugerah Kasut Emas Liga Perdana 2022 itu.

Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga kelab yang terpaksa melupakan khidmat penyerang berketinggian 1.82 meter itu.

1. Penang FC

Penang FC pernah menyuarakan hasrat mereka untuk mendapatkan khidmat Kamara musim lalu.

Dengan ketumpulan penyerang import ketika ini, Penang hanya mencatatkan sembilan gol selepas lapan perlawanan liga.

Keputusan itu menyaksikan mereka semakin jatuh terperosok ke carta bawahan liga, sekali gus memberikan tamparan hebat buat penyokong Harimau Kumbang yang dilihat semakin kecewa dengan prestasi semasa pasukan tersebut.

Jadi, untuk menyelesaikan isu tersebut, Penang FC perlu mencari penyerang baharu untuk membantu mempertajamkan jentera serangan Harimau Kumbang.

Penang FC pastinya memerlukan khidmat Kamara kerana dilihat mampu mengucar-ngacirkan benteng pertahanan pihak lawan.

Kamara

Abu Kamara yang pernah menyarung jersi The Cats cuba melepasi kawalan ketat pemain Sang Badak. — Facebook/MFL

2. Terengganu FC

Terengganu FC antara pasukan tanah air yang pernah mencuba nasib untuk merekrut Kamara.

Begitupun, hasrat skuad Sang Penyu terpadam selepas Kamara dikhabarkan bakal menyertai pasukan Kelantan.

Tidak kurang juga ada penyokong Terengganu menyambut baik kehadiran Kamara untuk menggantikan penyerang kelahiran Croatia, Ivan Mamut yang dikhabarkan akan dilepaskan kerana bergelut dengan masalah kecederaan.

Kali terakhir penyokong diberitahu mengenai keadaan penyerang kesayangan itu adalah Mamut difahamkan mengalami kecederaan tendon achilles pada kaki kirinya ketika menjalani latihan pramusim yang menyaksikan dia perlu berehat panjang.

Walaupun TFC dalam misi mengurangkan kos namun harga Kamara tidaklah semahal import lain untuk dibawa masuk skuad Sang Penyu.

3. Kedah Darul Aman FC

Selain dua kelab tersebut, Kedah Darul Aman (KDA) FC yang pernah dikaitkan dengan Kamara pada jendela perpindahan Julai lalu.

Sang Kenari berkemungkinan masih menunjukkan minat untuk membawa penyerang berkenaan susulan ketumpulan penyerang sedia ada pasukan itu ketika ini.

Kedah ketika ini bergelut untuk mendapatkan jaringan apabila hanya mencipta lapan gol selepas lapan perlawanan liga.

Kebergantungan terhadap Milos Gordic dan Syafiq Ahmad belum menghasilkan keputusan seperti diharapkan, sementara Ebenezer Assifuah kerap diketepikan atas sebab tersendiri.

Dalam pada itu, kehadiran Kamara dilihat mampu membantu jentera serangan Sang Kenari yang kini berdepan masalah penyudah tumpul. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram